Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Berita Harian, Ahad, 21 Jun 2009

SABREE (kanan) menyampaikan Anugerah Tali Pinggang Hitam Kehormat kepada Omar Din pada Majlis Perasmian Kejohanan Taekwondo Kebangsaan 2009 di Politeknik Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM: Pengasas Seni Silat Lincah Malaysia, Mahaguru Omar Din Mauju, semalam menerima penghargaan tertinggi, anugerah tali pinggang "Supreme Grandmaster" dari Persatuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF) atas sumbangan beliau dalam mengembangkan seni bela diri.
Penganugerahan itu adalah peringkat tertinggi dan pertama kali diterima tokoh seni mempertahankan diri tempatan yang diiktiraf badan tertinggi taekwondo di Korea Selatan dan disampaikan sempena Kejohanan Taekwondo Persatuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF) Kebangsaan 2009 yang diadakan di Politeknik Shah Alam, di sini dan dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Pada majlis itu juga, beberapa tokoh seni mempertahankan diri dalam dan luar negara dari pelbagai aliran serta perguruan turut menerima pelbagai penganugerahan tali pinggang kehormat selain anugerah khas yang diberikan kepada Mohd Ali.
Hadir pada majlis itu ialah Penasihat MGTF, Prof Datuk Dr Sabree Salleh dan Presiden MGTF, Amir Md Noor.
Mohd Ali ketika berucap pada majlis itu berkata, program sukan seni bela diri dilihat selaras gagasan 1Malaysia kerana ia menyumbang ke arah usaha menyatupadukan rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini selain penyertaannya tidak disekat serta menyeluruh merentasi batasan global.
Seterusnya...

YM Mahaguru Dato' Haji Omardin B. Mauju mengumumkan perubahan kepada Sektor Kejurulatihan Malaysia PSSLM berkuatkuasa pada 14 Jun 2009 di dalam Mesyuarat Khas Sektor Kejurulatihan Malaysia PSSLM bertempat di Pejabat Silat Lincah, Setapak Indah, Kuala Lumpur.
Ketua Jurulatih Kanan Malaysia SeduniaCikgu Mohamad Hairil B. Haji Mohamad Tanuri
Timbalan Ketua Jurulatih Kanan Malaysia SeduniaCikgu Megat Khairul Anuar B. Dato' Haji Omar Din
Timbalan 1 Ketua Jurulatih Kanan Malaysia SeduniaCikgu Shaharul Dasila B. Abdul Halim
Timbalan 2 Ketua Jurulatih Kanan Malaysia SeduniaCikgu Pendekar Mohd Azizi B. Haji Hassan
Timbalan 3 Ketua Jurulatih Kanan Malaysia SeduniaCikgu Hasrul B. Haliq
Penasihat KejurulatihanCikgu Khairuddin B. Mustapa
Ketua SetiausahaCikgu Mohd Helmy Khalid B. Khairuddin
-----------
Setiausaha Kepada MahaguruDr. Said Abu Hassan
Mohd Nizam Abu Bakar
-------------
Ketua Jurulatih Kanan Negeri Sabah Cikgu Abdul Rahman B. Haidzir
-------------
Ketua Jurulatih Kanan Negeri PerakCikgu Haji Dr. Ahmad Tajuddin B. Haji Mansor
Timbalan Ketua Jurulatih Kanan Negeri PerakCikgu Mohd Rejab B. Shariff
--------------
Ketua Jurulatih Wanita PSSLMCikgu Noorzila Bt. Mohd Shukor
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Harian Metro, Khamis, 14 Mei 2009
Kuala Lumpur: Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omardin Mauju akan berenang secara solo sejauh lima kilometer dari Pulau Jerejak ke Pulau Pinang, Disember ini.
Yang Dipertua PSSLM, Datuk Subahan Kamal, berkata acara itu bukan bertujuan menunjuk-nunjuk atau mendapat publisiti sebaliknya mahu memberi kesedaran kepada generasi muda supaya tidak terbabit dengan gejala tidak sihat,
"Mahaguru mahu generasi muda menyedari bahawa dengan fizikal yang sihat dan minda yang cerdas, mereka boleh melakukan banyak perkara berfaedah, bukannya terbabit dengan dadah atau menyertai kumpulan mat rempit.
"Dengan fizikalnya yang tidak begitu mengizinkan kerana kedua-dua kaki sudah tidak boleh digunakan dan usianya yang kini mencecah 70 tahun, Mahaguru ingin membuktikan bahawa tiada apa yang dapat menghalang seseorang melakukan perkara berfaedah sekiranya mereka mempunyai jati diri, keinginan dan semangat yang kental," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media acara itu, di sini, semalam. Hadir sama, Presiden Majlis Seni Bela Diri Negara (Marcil), Datuk Dr Rahman Ismail dan Naib Yang Dipertua PSSLM, Megat Zulkarnain Omardin.
Subahan berkata, sebelum melakukan acara renang itu, Omardin akan mengadakan beberapa sesi latihan di Pulau Besar, Melaka dan menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan beliau boleh berenang dengan jayanya pada hari itu.
"Kebanyakan latihan yang akan dijalankan lebih menumpukan kepada senaman menguatkan bahagian badan dari pinggang ke atas kerana beliau akan menggunakan tangan dan dada untuk berenang pada hari itu.
"Persatuan memberi sokongan penuh kepada Mahaguru dan berharap beliau akan berjaya membuktikan kepada anak muda bahawa jati diri yang kuat akan dapat mengubahkan diri untuk melakukan perkara yang lebih berfaedah," katanya.
Julai tahun lalu, Omardin pernah menunjukkan demonstrasi ditanam hidup-hidup dalam sebuah lubang seperti kubur selama kira-kira lima minit, di Beranang sempena penggambaran rancangan Panorama, terbitan RTM.
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Utusan Malaysia, Ahad, 11 Januari 2009
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Seramai empat juta ahli seni mempertahankan diri di negara ini akan memboikot penggunaan produk buatan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju berkata, setiap ahli dan keluarga mereka telah menyatakan kesediaan untuk memboikot barangan keluaran negara berkenaan dalam kehidupan seharian mereka.
'''Saya yakin dengan jumlah ahli seni mempertahankan diri yang besar di negara ini, mampu untuk memberi kesan terhadap kekejaman yang dicetuskan Israel.
''Malah kesepakatan yang terjalin antara pertubuhan yang ada mampu memberi impak memandang cara ini paling terbaik masa kini,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir Penyelaras Aman Malaysia, Datuk Mukhriz Tun Mahathir; Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Fuad Hassan dan Presiden Majlis Seni Bela Diri Malaysia (Marcil), Datuk Dr. Rahman Ismail.
Antara pertubuhan seni silat yang memboikot produk berkenaan ialah Seni Silat Gayong Malaysia, Silat Gayong Fatani, Seni Silat Cekak Malaysia, Seni Silat Cekak Hanafi dan Seni Silat Lincah Malaysia.
Dalam pada itu Omardin berkata, ahli-ahli kumpulan seni mempertahankan diri tersebut turut menyatakan kesediaan untuk dihantar ke Palestin.
''Kami sanggup untuk dihantar ke Genting Gaza untuk berjuang menentang kezaliman rejim Zionis jika kerajaan memberi peluang,'' katanya.
Sementara itu, Fuad berkata, pertubuhannya akan menghantar nota gesaan kepada negara-negara Arab berhubung krisis kemanusiaan di Gaza.
''Kami akan menghantar gesaan tersebut pada Selasa ini memandangkan Liga Arab adalah antara kuasa besar dunia untuk menghentikan keganasan tersebut,'' katanya.
Seterusnya...
2008 | 2009 | 2010
Tarikh | Masa | Perkara | Tempat |
| 07/02/09 | 9.00 malam | Majlis Tamat Berlimau PSSLM Kg. Ujong Permatang
| Gelanggang Ujong Permatang, Kuala Selangor
|
| 19/02/09 | 8.00 malam | Perhimpunan Menjunjung Setia 'Daulat Tuanku'
| Dewan Tun Razak 1, PWTC, Kuala Lumpur
|
08/03/09
| 9.00 malam
| Mesyuarat Sektor Kejurulatihan PSSLM Negeri Selangor Kali 1 Sessi 2009
| Kompleks Penghulu Mukim Semenyih
|
14/03/09
| 9.00 malam
| Majlis Tamat Berlimau PSSLM Semenyih
| Kompleks Penghulu Mukim Semenyih
|
22/03/09
| 8.00 pagi | Perhimpunan Peribumi Perkasa Negara Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad | Kompleks Sukan TNB, Bangsar |
| 22/03/09 | 1.00 petang | Majlis Pelancaran Satu Suara Anjuran Kementerian Belia Dan Sukan | One Utama (New Wing), Damansara |
28/03/09
| 9.00 malam
| Majlis Perasmian Gelanggang PSSLM Sekinchan, dirasmikan oleh YB Noriah Bt. Kasnon, Tim. Menteri Wanita & Sosial,
| Gelanggang Parit 7, Sekinchan
|
02/05/09
| 6.00 petang
| Majlis Perjumpaan & Ramah Mesra bersama Datuk Dr Hj. Rahman Ismail (Presiden MARCIL/Tim. YDP Silat Lincah)
| Country Homes, Rawang
|
05/05/09
| 8.00 malam
| Mesyuarat Sektor Kejurulatihan PSSLM Negeri Selangor (Pemilihan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri 2009)
| Pejabat TEKUN, Batu Caves
|
22/05/09
| 8.30 malam
| Mesyuarat Khas Sektor Kejurulatihan PSSLM (Pengisytiharan Ketua Jurulatih Kanan Malaysia)
| Pejabat Lincah, Setapak Indah
|
29/05/09
| 6.30 petang
| Jemputan Bersama YM Dato' Mahaguru & Dato' Seri Rais Yatim
| Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur
|
30/05/09
| 10.00 pagi
| Pemilihan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri 2009 | Dewan Parit 7, Sekinchan
|
14/06/09
| 2.30 petang
| Mesyuarat Khas Sektor Kejurulatihan PSSLM (Pengisytiharan KJK PSSLM, KSU, KJK Sabah)
| Pejabat Lincah, Setapak Indah
|
20/06/09
| 12.00 tgh hari
| Majlis Penganugerahan Supreme Grandmaster kepada YM Mahaguru Dato'
| Politeknik Shah Alam
|
20/06/09- 21/06/09
|
| Latihan Pusat PSSLM Negeri Selangor Ke Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2009
| Gelanggang PSSLM Damansara Lestari
|
23/06/09
| 8.00 malam
| Mesyuarat Khas Perhimpunan Malam Pendekar Lincah Selangor
| Pejabat ADUN Tmn Templer, Tmn Prima Selayang
|
25/06/09- 28/06/09
|
| Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2009
| Alor Setar, Kedah
|
27/06/09
|
| Majlis Perkahwinan Cikgu Mohd Redzuan Ketua Jurulatih Kanan PSSLM Negeri Selangor
| Sg. Nibong, Sekinchan
|
02/07/09
| 9.00 malam
| Perbincangan Sektor Kejurulatihan PSSLM yang baru (Misi & Visi PSSLM)
| Pejabat Lincah, Setapak Indah
|
04/07/09
|
| Majlis Kesyukuran Cikgu Mohd Redzuan
| Bukit Beruntung
|
15/07/09
| 8.30 malam
| Mesyuarat Penyelarasan Malam Pendekar Lincah (2)
| Pejabat ADUN Tmn Templer, Tmn Prima Selayang
|
16/07/09
| 8.00 malam
| Mesyuarat Sektor Kejurulatihan PSSLM Negeri Selangor
| Pejabat Lincah, Setapak Indah
|
21/07/09
| 9.00 malam
| Perbincangan Sektor Kejurulatihan PSSLM
| Pejabat Lincah, Setapak Indah
|
25/07/09
| 8.00 malam
| Mesyuarat Sektor Kejurulatihan PSSLM Malaysia & Sektor Kejurulatihan PSSLM Negeri Selangor (Malam Pendekar Lincah, Perhimpunan One Malaysia)
| Pejabat Lincah, Setapak Indah
|
02/08/09
| 2.30 petang
| Majlis Perasmian Gelanggang PSSLM Sekinchan & Kenaikan Taraf Peringkat Rendah, dirasmikan oleh YB Noriah Bt. Kasnon, Tim. Menteri Wanita & Sosial, | Gelanggang Tali Air 6, Sekinchan
|
04/08/09- 05/08/09
| 9.00 pagi -6.00 petang
| Kursus Pengisian Perbarisan Dan Perarakan Hari Kemerdekaan ke 52 | Bangunan MAS, Kuala Lumpur
|
08/08/09
| 5.00 petang -7.00 petang | Raptai Perhimpunan Seni Beladiri 1Malaysia & Pelancaran Dataran Budaya Kuala Lumpur 2009
| Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
|
15/08/09
| 8.00 pagi -7.00 petang | Raptai & Perhimpunan Seni Beladiri 1Malaysia & Pelancaran Dataran Budaya Kuala Lumpur 2009 Dirasmikan Oleh Y.B. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia
| Dataran Merdeka, Kuala Lumpur |
16/08/09
| 9.00 pagi - 9.00 malam
| Latihan Pengisian Perbarisan Dan Perarakan Hari kemerdekaan ke 52 | Gelanggang PSSLM Taman Selayang
|
19/08/09
| 4.00 petang -7.00 petang | Latihan Pengisian Perbarisan Dan Perarakan Hari kemerdekaan ke 52 | Stadium MBPJ, Kelana Jaya |
06/09/09
| 6.30 petang
| Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih PSSLM Negeri Selangor
| Rumah Pengerusi PSSLM Caw. Kajang
|
08/09/09
| 6.30 petang
| Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih Bersama Y. A. B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia Merangkap Ulul Amri 3 PSSLM
| Kediaman Rasmi Sri Satria, Putrajaya
|
11/10/09
| 2.00 petang - 6.00 petang
| Majlis Rumah Terbuka PSSLM Daerah Hulu Langat
| Rumah Ustaz Mohd Yatin, Kg. Tanjung, Semenyih
|
16/10/09
| 8.00 malam
| Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin B. Mohd Yassin Selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia
| Dewan Tun Razak 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
|
05/12/09
| 8.00 malam
| Majlis Makan Malam Perhimpunan Rakan Wajadiri Peringkat Negeri Selangor Tahun 2009
| Kelab Golf Monterez, Shah Alam
|
12/12/09
| 9.00 pagi
| Seminar Kewangan dan Audit Badan Sukan
| Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil
|
19/12/09
| 2.30 petang
| Mesyuarat Agung Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Kali ke 29. Dirasmikan oleh YAB. Datuk Seri Mohd Ali B. Rustam Ketua Menteri Melaka
| Hotel Grand Season, Kuala Lumpur
|
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin

Harian Metro, Sabtu, 1 November 2008
Teraju utama keamanan
Subang Jaya: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dikurniakan Anugerah Presendential Medal Of Honour sempena Kongres Keamanan Dunia (WPC) ke-18 dan Festival Seni Bela Diri Antarabangsa (IMAF) 2008.
Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, pula menerima Global Leadership Award dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib, dikurniakan International Leadership Award.
Manakala Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Haji Omardin Mauju menerima Living Legend of martial Arts; Datuk Chee Kok Wing (International Platinum Award For Peace); Datuk Ramlan Merican Naina Marican (Global Platinum Award) dan Prof Dr Mahaguru Zahalan Man (International Men of Peace Award). Muhammad menerima anugerah bagi pihak Abdullah dan Najib.
Anugerah itu diberi kerana sumbangan mereka kepada misi integrasi menjadikan negara ini teraju utama negara aman dunia.
Presiden International Association of Educators for World Peace (IAEWP), Prof Dr Charles Mercieca, berkata persidangan atau festival selama tiga hari di negara ini mencapai objektifnya.
"Kira-kira 1,000 perwakilan dari 120 negara duduk semeja berbincang serta bertukar pendapat memupuk semangat cintakan keamanan.
"Ini termasuk memupuk semangat di kalangan pelajar sekoleh rendah," katanya selepas menyampai anugerah di Sunway Resort Hotel & Spa dan Sunway Piramid Convention Centre, Di sini.
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Gambar Aksi Jurulatih Yang Mewakili Lincah ke Chung-ju, Korea Selatan
2 Oktober - 10 Oktober 2008
Seterusnya...