Pendekar

Written by Lincah01 0 comments Posted in:



Pendekar PSSLM

Terdapat 8 orang yang mendapat gelaran Pendekar di dalam Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Berikut adalah serba sedikit biografi pendekar.


Pendekar Hasni Bin Muhamad Nor


(Maklumat sedang dicari)


Pendekar Abas



Menjadi ahli PSSLM sekitar dalam tahun 1969 di gelanggang Kg. Pandan, Kuala Lumpur.
Mendapat gelaran pada : Tahun 1974


Pendekar Mohd Yusof Bin Mohd Noor


Dilahirkan pada 23 Januari 1943. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 1969 di gelanggang Maktab Tentera Di Raja Sg. Besi. Beliau pernah bertarung dengan seorang pakar beladiri jepun Sensei Go Otsuka di dalam filem Selangkah Ke Alam Batin (One Step to The Beyond).
Mendapat gelaran pada : Tahun 1975
Jawatan Yang Disandang
Paduka Guru Muda PSSLM

Aksi Pendekar Yusof bersama Cikgu Khairuddin di dalam Majalah Seni Beladiri Keluaran Jun 2000


Pendekar Haji Chin Bin Hajeed


Dilahirkan pada 30 Mac 1950. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 1975 di gelanggang Kg. Kastam, Sg. Glugor, Pulau Pinang.
Mendapat gelaran pada :
Jawatan Yang Disandang
Naib Ketua I PSSLM Negeri Pulau Pinang


Pendekar Borhan Bin Ahmad


Dilahirkan pada 24 Julai 1969. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 1985 di gelanggang Sek. Men. Keb. Gombak Setia, Gombak, Selangor. Beliau juga pernah bertarung dengan pakar beladiri jepun sewaktu penggambaran dokumentari beladiri Jepun di Kg. Malaysia, Sg. Besi, Kuala Lumpur.
Mendapat gelaran pada : Tahun 1994

Pendekar Noorlizam Bin Abdul Rahim


Dilahirkan pada 15 Disember 1976. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 1990 di gelanggang Kg. Gajah, Butterworth, Pulau Pinang. Dikenali sebagai Cikgu Mat dikalangan Jurulatih dan sahabat di Pulau Pinang. Pernah beraksi di dalam penggambaran Selangkah Ke Alam Batin 2.
Mendapat gelaran pada : Tahun 2006


Pendekar Mohd Azizi Bin Haji Hassan


Dilahirkan pada 2 Januari 1977. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 1993 di gelanggang Sek. Men. Vokasional Sri Manjung, Perak. Beliau adalah pendekar yang ketujuh dan termuda di dalam Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia dan pernah beraksi di bumi Chung Ju, Korea Selatan sempena World Festival Martial Arts di sana.
Mendapat gelaran pada : Tahun 2008
Jawatan Yang Disandang
Timbalan Ketua Jurulatih Kanan II PSSLM Sedunia /
Ahli Jawatan Kuasa Sektor Pentadbiran PSSLM /
Jurulatih PSSLM Cawangan Prima Beruntung /
Jurulatih PSSLM Cawangan Bandar Tasik Puteri

Pendekar Mohammad Al-Faiz Bin Abd. Hamid
















Dilahirkan pada 14 Mac 1982. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 2003 di gelanggang UPM Serdang. Dikenali sebagai Cikgu Bentan dikalangan Jurulatih dan sahabat. Menjadi tenaga pengajar di Gelanggang PSSLM UPM, KUIS, Taman Universiti Indah, dan Kembangsari (Semuanya di Serdang Selangor) Terlibat sebagai kumpulan pertama yang mengembangkan Senaman Jurus Lincah (SJL)
Mendapat gelaran pada : Tahun 2011















0 comments:

Pages