Omardin bedah jantung Khamis ini

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Utusan Malaysia, Selasa, 19 Januari 2010

Mukhriz Mahathir (kiri) dan Khairy Jamaluddin (tengah) berbual dengan Omardin ketika melawat Mahaguru Silat Lincah itu di IJN, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju akan menjalani pembedahan pintasan jantung Khamis ini.

Anak sulungnya, Megat Zulkarnain berkata, dua pakar jantung Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Mohd. Azahari Yakub dan Datuk Dr. Amin Ariff menasihatkan agar pembedahan dilakukan ekoran masalah saluran jantung tersumbat yang dialami bapanya agak kritikal.

"Satu daripada saluran darah ke jantungnya sudah 75 peratus tersumbat dan agak kritikal kerana ia berada di pangkal.

"Oleh itu, prosedur membesarkan saluran darah yang dinamakan angioplasti tidak dapat dilaksanakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Omardin dikejarkan ke Hospital Selayang pada 8 Januari lalu sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN akibat serangan jantung.

Sehubungan itu, Megat Zulkarnain memohon semua ahli Silat Lincah di seluruh negara mendoakan agar pembedahan yang akan dijalani ayahnya itu berjalan lancar.

Seterusnya...

Saluran Darah Omardin Tersumbat

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Utusan Malaysia, Khamis, 14 Januari 2010

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Pemeriksaan pengimbas pelbagai resolusi (MRI) ke atas Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju hari ini mendapati satu daripada saluran darah ke jantungnya sudah 75 peratus tersumbat.

Anak sulungnya, Megat Zulkarnain berkata, doktor yang merawat bapanya bagaimanapun akan menjalankan pemeriksaan kedua menggunakan teknik 'endogram' iaitu menggunakan kamera Isnin depan.

"Jika keadaannya tidak berubah, doktor membayangkan kemungkinan melakukan pembedahan pintasan jantung terhadap ayah.

"Ayah sedikit terkejut mendengar penjelasan doktor selepas melalui MRI kerana selama ini beliau cukup mementingkan kesihatan dan menjaga pemakanan. Namun, beliau tetap tenang dan menerima ketentuan Allah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Omardin dikejarkan ke Hospital Selayang pada 8 Januari lalu sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN akibat serangan penyakit jantung.

Megat Zulkarnain menambah, meskipun kesihatan ayahnya semakin baik, doktor masih tidak membenarkan beliau pulang ke rumah kerana bimbang berlaku serangan kedua.

Seterusnya...

Abdullah lawat Omardin di IJN

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Utusan Malaysia, Selasa, 12 Januari 2010

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini melawat Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju di Institut Jantung Negara (IJN) di sini yang dimasukkan ke pusat perubatan itu kelmarin akibat serangan jantung.

Anak sulung guru silat itu, Megat Zulkarnain berkata, beliau dan keluarganya terharu dengan kesudian bekas Perdana Menteri meluangkan masa selama setengah jam di IJN untuk bertemu, melawat dan bertanya khabar ayahnya.

"Saya dan keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tun Abdullah kerana melawat ayah di IJN hari ini dan turut memimpin bacaan doa supaya ayah segera sembuh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Megat Zulkarnain berkata, hasil keputusan pemeriksaan darah dan jantung yang dilakukan oleh doktor hari ini mengesahkan ayahnya kini sememangnya menghadapi masalah kesihatan jantung.

"Doktor akan menjalankan X-ray ke atas ayah esok bagi mengetahui berapa injapnya yang tersumbat sebelum boleh menentukan jenis rawatan yang sesuai.

"Bagaimanapun, tahap kesihatan ayah semakin pulih berbanding keadaannya ketika dimasukkan ke IJN kelmarin," tambahnya.

Seterusnya...

Omardin beransur pulih

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Utusan Malaysia, Isnin, 11 Januari 2010

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Keadaan Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat serangan jantung semalam, kini dilaporkan beransur pulih dan stabil.

Perkara itu disahkan oleh anak sulung beliau, Megat Zulkarnain yang turut memberitahu, bapanya telah dikeluarkan dari Unit Rawatan Koronari (CCU) dan ditempatkan ke Wad Bunga Raya IJN.

Menurut Megat Zulkarnain, bapanya masih lagi di bawah pengawasan doktor walaupun telah ditempatkan di Wad Bunga Raya.

"Alhamdulillah, ayah berada dalam keadaan stabil dan sedar. Kami sekeluarga mendoakan kesihatannya supaya segera pulih," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Omardin dimasukkan ke IJN akibat serangan jantung kira-kira pukul 8 malam.

Beliau pada mulanya dikejarkan ke Hospital Selayang sebelum diarahkan untuk dirujuk ke IJN.

Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim turut melawat pengasas silat lincah itu petang ini.

Beliau memberitahu, doktor pakar IJN memaklumkan bahawa Omardin yang dimasukkan ke hospital berkenaan tiga hari lepas berada di dalam keadaan stabil dan tidak serius.

"Jadi sebagai seorang sahabat karib, saya datang pada petang ini untuk bersama-sama melihat beliau supaya keceriaan beliau terus menerus wujud," katanya.

Seterusnya...

Omardin dimasukkan ke IJN

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Utusan Malaysia, Ahad, 10 Januari 2010

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini akibat serangan jantung kira-kira pukul 8 malam tadi.

Anak sulung beliau, Megat Zulkarnain berkata, bapanya pada mulanya dikejarkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN.

Menurutnya, bapanya kini ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan dalam keadaan stabil di bawah pemantauan pakar jantung, Datuk Dr. Amin Ariss.

“Kami dimaklumkan bahawa IJN akan membuat rawatan dan pemeriksaan susulan ke atas bapa saya Isnin ini,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia petang ini.

Megat Zulkarnain mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Selayang diketuai Ketua Jabatan Pakar Perubatan Kecemasan, Dr. Mohamed Alwi Abdul Rahman yang bertungkus-lumus merawat bapanya itu.

Seterusnya...

HARUMKAN SILAT LINCAH

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Arahan Mahaguru Omardin kepada kabinet baru PSSLM

Mingguan Warta Perdana - Edisi 10 Januari 2010

KUALA LUMPUR: Mahaguru Datuk Omardin Mauju mahukan kabinet baru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), sentiasa mengharumkan nama pertubuhan itu bukan sahaja di negara ini malah di peringkat antarabangsa.

Dia berkata, mereka perlu bekerjasama dengan lebih gigih lagi bagi memastikan PSSLM yang telah sekian lama diiktiraf di peringkat dunia terus dihormati.

Katanya, PSSLM sudah banyak melahirkan pesilat tanah air hingga ke arena antarabangsa dan sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bangga dengan pertubuhan ini yang berjaya mengangkat martabat seni silat warisan sejak zaman berzaman.

"Namun begitu, jangan sesekali kita mudah berpuas hati dengan kejayaan itu, sebaliknya AJK baru perlu berusaha menyumbang tenaga dan idea bagi memastikan PSSLM terus dijulang di persada dunia," katanya

Dalam perkembangan lain, Omardin yang juga pengasas PSSLM mahukan semua Ahli Silat Lincah merealisasikan pembinaan kompleks silat untuk kegunaan pertubuhan silat dan seni mempertahankan diri seluruh negara.

Katanya, kini kerja-kerja meratakan tapak di kawasan tanah milik PSSLM yang terletak di Batu Caves sedang rancak dijalankan.

"Kompleks itu akan dibina secepat mungkin bagi memastikan kemudahan itu dapat diguna pada tahun depan.

"Dengan adanya kemudahan itu semua pertubuhan silat dan seni mempertahankan diri dapat menggunakan bangunan itu untuk pelbagai kegiatan pertubuhan masing-masing.

"Lagipun pertubuhan silat dan seni mempertahankan masih belum ada bangunan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang boleh menjadi mercu kemegahan berbanding pertubuhan lain," katanya.

Seterusnya...

Aktiviti 2010

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

2008 | 2009 | 2010


Tarikh

Masa

Perkara

Tempat

30/01/102.00 petangPerhimpunan PERKASA Selangor.
Dirasmikan oleh Ybhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad
Dewan Orang Ramai, AU5, Keramat.
21/02/10
Majlis Ramah Mesra YB DUN Batang Kali, YDP Majlis Daerah Hulu Selangor & Ketua Balai Polis Bukit Sentosa bersama Penduduk Telipot AzuraPadang Telipot Azura, Bukit Sentosa 3
21/02/10

Karnival Wajadiri Daerah Hulu SelangorDewan Orang Ramai, Serendah
20/03/10
2.30 petangMajlis Penyampaian Ijazah PSSLM. Dirasmi oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku TPM MalaysiaPadang Awam, Setiawangsa
23/04/10
8.30 malamMajlis Perasmian UMNO Cawangan Telipot Azura 1A.
Taman Telipot Azura 1A, Bukit Sentosa 3
23/04/10
9.00 malam
Ramah Mesra Warga Silat Daerah Hulu Selangor Anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Caw. Bukit Beruntung. Dirasmi Oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali B. Mohd Rustam Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden PESAKAGelanggang Silat Cekak Malaysia, Jalan Teluki, Bukit Sentosa
01/05/10
9.00 pagi
Perasmian Gelanggang PSSLM Daerah Hulu Langat
Padang Awam, Kg. Pasir Baru, Semenyih
19/10/10
8.00 malam
Perasmian Pehimpunan Agong UMNO
PWTC, Kuala Lumpur
20/10/10
9.00 pagi
Penerimaan Anugerah Kesatria Melayu Terbilang dari Pemuda UMNO oleh YM Mahaguru Dato
PWTC, Kuala Lumpur
07/11/10
8.00 pagi
Perasmian Gelanggang PSSLM Ujong Permatang
Gelanggang PSSLM Ujong Permatang, Kuala Selangor
13/11/10
8.00 malam
Majlis Berlimau PSSLM Daerah Hulu Langat
Dewan Sek. Men. Teknik Kajang
20/11/10
2.00 petang
Majlis Perhimpunan Di Ambang 50 Tahun PSSLM dan Penganugerahan Ulul Amri PSSLM IV
Padang Sek. Keb. Hashim Awang, Kepala Batas. P.Pinang




















Seterusnya...

Pages