Ulul Amri 1 PSSLM

Written by Lincah01 0 comments Posted in:










Istiadat Perlantikan Ulul Amri 1 PSSLM


Bertarikh 24 Oktober 2003 merakamkan detik bersejarah PSSLM kerana berlangsungnya penyerahan kuasa besar di Pulau Pinang. Penerima anugerah Ulul Amri Silat Lincah mempunyai kuasa menganugerahkan selempang hitam kepada sesiapa yang difikir layak selain daripada Mahaguru sendiri yang mempunyai kuasa tersebut.

Berhampiran Istana Negeri , peralatan istiadat dibawa keluar diiringi jurulatih bertaraf selendang hitam. Penerima Anugerah adalah YDP Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas. Majlis disempurnakan oleh YM Dato Mahaguru dengan penyerahan pakaian Makhta , Selempang , Keris Pusaka Semangat Jebat dan Cincin Zamrud bertatah berlian diikat emas putih ( cincin kuasa ).


Penganugerahan ini sekali gus menyingkap sejarah lalu bahawa Silat Lincah pernah mendapat perkenan dan sokongan dari Raja-Raja Melayu seperti KDYMM Sultan Pahang, KDYMM Sultan Kedah, KDYMM Sultan Selangor dan KDYMM Sultan Perak.


0 comments:

Pages