Omar Din terima anugerah

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Berita Harian, Ahad, 21 Jun 2009


SABREE (kanan) menyampaikan Anugerah Tali Pinggang Hitam Kehormat kepada Omar Din pada Majlis Perasmian Kejohanan Taekwondo Kebangsaan 2009 di Politeknik Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM: Pengasas Seni Silat Lincah Malaysia, Mahaguru Omar Din Mauju, semalam menerima penghargaan tertinggi, anugerah tali pinggang "Supreme Grandmaster" dari Persatuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF) atas sumbangan beliau dalam mengembangkan seni bela diri.

Penganugerahan itu adalah peringkat tertinggi dan pertama kali diterima tokoh seni mempertahankan diri tempatan yang diiktiraf badan tertinggi taekwondo di Korea Selatan dan disampaikan sempena Kejohanan Taekwondo Persatuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF) Kebangsaan 2009 yang diadakan di Politeknik Shah Alam, di sini dan dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Pada majlis itu juga, beberapa tokoh seni mempertahankan diri dalam dan luar negara dari pelbagai aliran serta perguruan turut menerima pelbagai penganugerahan tali pinggang kehormat selain anugerah khas yang diberikan kepada Mohd Ali.

Hadir pada majlis itu ialah Penasihat MGTF, Prof Datuk Dr Sabree Salleh dan Presiden MGTF, Amir Md Noor.

Mohd Ali ketika berucap pada majlis itu berkata, program sukan seni bela diri dilihat selaras gagasan 1Malaysia kerana ia menyumbang ke arah usaha menyatupadukan rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini selain penyertaannya tidak disekat serta menyeluruh merentasi batasan global.

0 comments:

Pages