Utusan Online, Khamis, 17 Mac 2011

Zahid Hamidi (kiri) bersalaman dengan hadirin, turut kelihatan Omardin Mauju (tengah) pada Anugerah Pahlawan Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, malam tadi.

KUALA LUMPUR 16 Mac - Semua pertubuhan dan aliran persilatan Melayu di negara ini perlu bersatu dan mengetepikan perbezaan pendapat antara mereka demi bangsa, agama dan negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perjuangan demi bangsa agama dan negara adalah lebih utama dibandingkan perjuangan agenda sendiri yang akhirnya akan melemahkan orang Melayu sendiri.

Menurut beliau, penyatuan pemikiran, kerohanian dan tindakan juga penting bagi memastikan orang Melayu terus wujud.

''Ingatlah bahawa kekuatan perpaduan orang Melayu yang membawa kepada kemerdekaan negara kita," katanya ketika berucap pada Malam Perdana Anugerah Pahlawan Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) di Dewan Maha (MAEPS) Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini malam ini.

Turut hadir, Yang Dipertua PSSPGM, Datuk Raja Abdul Majid Raja Mat Isa; Mahaguru Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju; Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah, Tengku Zainul Rashid Tengku Yahya dan Waris Mutlak PSSPGM, Siti Fadzilah Meor Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid yang juga Penasihat PSSPGM menerima anugerah tertinggi persatuan iaitu Sandang Setia Bakti yang turut diterima Omardin.

Ahmad Zahid turut mengingatkan golongan yang mengaku Melayu supaya tidak menjolok sarang tebuan kerana orang Melayu akan bangkit mempertahankan bangsanya daripada dirosakkan.

Seterusnya...

Pages