Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Berita Harian, Ahad, 21 Jun 2009
SABREE (kanan) menyampaikan Anugerah Tali Pinggang Hitam Kehormat kepada Omar Din pada Majlis Perasmian Kejohanan Taekwondo Kebangsaan 2009 di Politeknik Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM: Pengasas Seni Silat Lincah Malaysia, Mahaguru Omar Din Mauju, semalam menerima penghargaan tertinggi, anugerah tali pinggang "Supreme Grandmaster" dari Persatuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF) atas sumbangan beliau dalam mengembangkan seni bela diri.
Penganugerahan itu adalah peringkat tertinggi dan pertama kali diterima tokoh seni mempertahankan diri tempatan yang diiktiraf badan tertinggi taekwondo di Korea Selatan dan disampaikan sempena Kejohanan Taekwondo Persatuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF) Kebangsaan 2009 yang diadakan di Politeknik Shah Alam, di sini dan dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Pada majlis itu juga, beberapa tokoh seni mempertahankan diri dalam dan luar negara dari pelbagai aliran serta perguruan turut menerima pelbagai penganugerahan tali pinggang kehormat selain anugerah khas yang diberikan kepada Mohd Ali.
Hadir pada majlis itu ialah Penasihat MGTF, Prof Datuk Dr Sabree Salleh dan Presiden MGTF, Amir Md Noor.
Mohd Ali ketika berucap pada majlis itu berkata, program sukan seni bela diri dilihat selaras gagasan 1Malaysia kerana ia menyumbang ke arah usaha menyatupadukan rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini selain penyertaannya tidak disekat serta menyeluruh merentasi batasan global.
Seterusnya...
YM Mahaguru Dato' Haji Omardin B. Mauju mengumumkan perubahan kepada Sektor Kejurulatihan Malaysia PSSLM berkuatkuasa pada 14 Jun 2009 di dalam Mesyuarat Khas Sektor Kejurulatihan Malaysia PSSLM bertempat di Pejabat Silat Lincah, Setapak Indah, Kuala Lumpur.
Ketua Jurulatih Kanan Malaysia SeduniaCikgu Mohamad Hairil B. Haji Mohamad Tanuri
Timbalan Ketua Jurulatih Kanan Malaysia SeduniaCikgu Megat Khairul Anuar B. Dato' Haji Omar Din
Timbalan 1 Ketua Jurulatih Kanan Malaysia SeduniaCikgu Shaharul Dasila B. Abdul Halim
Timbalan 2 Ketua Jurulatih Kanan Malaysia SeduniaCikgu Pendekar Mohd Azizi B. Haji Hassan
Timbalan 3 Ketua Jurulatih Kanan Malaysia SeduniaCikgu Hasrul B. Haliq
Penasihat KejurulatihanCikgu Khairuddin B. Mustapa
Ketua SetiausahaCikgu Mohd Helmy Khalid B. Khairuddin
-----------
Setiausaha Kepada MahaguruDr. Said Abu Hassan
Mohd Nizam Abu Bakar
-------------
Ketua Jurulatih Kanan Negeri Sabah Cikgu Abdul Rahman B. Haidzir
-------------
Ketua Jurulatih Kanan Negeri PerakCikgu Haji Dr. Ahmad Tajuddin B. Haji Mansor
Timbalan Ketua Jurulatih Kanan Negeri PerakCikgu Mohd Rejab B. Shariff
--------------
Ketua Jurulatih Wanita PSSLMCikgu Noorzila Bt. Mohd Shukor
Seterusnya...