Sumpah Pesilat

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Seterusnya...

Senjata Lain

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Senjata Tradisional


Senjata Lain


Buku Lima

Senjata ini diperbuat daripada besi atau tembaga dan digunakan untuk membela diri,

Cara menggunakannya ialah dengan menggenggam buku lima sebagai penumbuk dan disasarkan ke bahagian muka atau kepala lawan.


Cucuk Sanggul

Selain digunakan sebagai perhiasan diri, cucuk sanggul juga merupakan senjata kecemasan bagi wanita ketika diserang. Ia diperbuat daripada emas, perak atau tembaga dan dihias dengan batu-batu permata.



Golok

Golok juga dikenali sebagai parang. Ia digunakan untuk melakukan kerja-kerja harian atau digunakan sebagai senjata untuk mempertahankan diri. Koleksi ini berasal dari Sumatera dan berusia lebih kurang 70 tahun.




Kapak

Kapak ini digunakan sebagai senjata dalam pertempuran khususnya untuk memenggal kepala musuh. Mata kapak diperbuat daripada besi dan pemegangnya daripada kayu. Koleksi ini berasal dari Timur tengah dan Filipina.



Meriam

Meriam buatan orang Melayu dikenali sebagai Lela. Ia diperbuat daripada besi atau tembaga dan dibuat dalam berbagai bentuk. Koleksi ini berusia lebih seratus tahun.



Serampang

Serampang berasal dari Kepulauan Jawa. Senjata ini berunsurkan kehinduan. Ia digunakan sebagai alat kebesaran di zaman pemerintahan beraja di Indonesia.





Sumpit

Sumpit digunakan oleh orang-orang Asli di Malaysia sebagai senjata berburu dan untuk mempertahankan diri. Ia diperbuat daripada rotan atau buluh.







Sundang

Sundang merupakan sejenis senjata bermata panjang yang lurus atau berlok. Ia berasal dari kepulauan Selatan Filipina. Senjata ini digunakan dengan cara melibas seperti pedang.








Sumber Jabatan Muzium Malaysia


Seterusnya...

Lembing & Tombak

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Senjata Tradisional

Pengenalan | Keris | Kerambit | Lembing & Tombak | Senjata Lain



Lembing

Lembing pada dasarnya adalah senjata lontar. Batangnya diperbuat dari kayu lurus berukuran sedepa, mata lembing dimasukkan kedalam batang dan diperkuat dengan ikatan rotan atau simpai logam. Mata lembing lazimnya dibentuk seperti pisau dan jarang berduri. Lembing Melayu lebih pendek, rengan dan tajam mata dihujungnya.

Terdapat berbagai jenis lembing kebanyakannya bermata tajam diperbuat dari kayu atau buluh. Lembing bermata logam yang pada asalnya diperbuat daripada tembaga atau gangsa dan kemudian digantikan dengan besi atau besi waja, telah digunakan sejak berkurun dahulu.

Pada masa sekarang lembing yang bermata lebar seakan daun sirih digunakan untuk upacara rasmi sahaja. Lembing yang digunakan untuk merejam musuh adalah dari yang berbentuk lebar matanya serta tangkai yang panjang dan ringan. Manakala lembing digunakan untuk pertempuran adalah dari jenis yang berabung pada matanya serta tangkai yang pendek sedikit serta lebih kukuh.



* rujukan Perpustakaan Negara Malaysia



Tombak

Ciri tombak adalah serupa seperti lembing cuma batangnya lebih panjang dari batang lembing. Tombak adalah senjata tradisional yang digunakan kebanyakannya oleh para pengawal pegawai-pegawai istana dan juga menjadi sebahagian daripada alat kebesaran DiRaja.






Kembali



Seterusnya...

Kerambit

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Senjata tradisional

Kerambit

Kerambit atau kurambi juga dikenali sebagai lawi ayam, kuku ayam atau rambai ayam. Senjata kecil yang berupa seperti sehelai bulu ayam jantan yang terdapat pada ekornya. Berkeadaan melentik dan tirus dihujungnya. Nama senjata ini juga dipercayaai mengambil nama dari taji atau lawi ayam. Sebab bentuk dan cara digunakan juga hampir serupa.

Kerambit pada kebiasaannya berhulukan daripada kayu atau tanduk, yang terdapat lubang sebesar jari tangan. Dibahagian pangkalnya disimpaikan dengan rotan atau logam, agar mengukuhkan lagiukatan hulu tersebut. Saiz hulu adalah sepanjang 8sm. dan mata diantara 6sm. hingga 8sm.

Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan jari telunjuk kedalam gelang yang terdapat pada hulunya, dan bahagaian matanya yang tajam meruncing itu akan terkeluar dari gengaman di bahagian kelingking. Tikaman dibuat dengan mengaritkan mata pada objek secara tumbukan yang tidak tepat kesasarannya, atau secara rautan.


*rujukan Perpustakaan Negara Malaysia





Kembali

Seterusnya...

Keris

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Senjata Tradisional

Pengenalan | Keris | Kerambit | Lembing & Tombak | Senjata Lain


Keris

Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.


Sang Guna adalah orang pertama dizaman Sultan Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran tiga jengkal. Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris tersebut.


Hulu Keris

Ulu keris berukuran sepanjang lebih kurang 15sm. berkeadaan membengkok dibahagian tengahnya seperti bentuk kepala tongkat. Diukir dengan tangan sepenuhnya dan mempunyai nilai estetika Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu (kemuning, tegor, tempinis, sena,celagi, petai belalang, boai, lebang dan kayu hitam), gading gajah, tanduk, gigi ikan paus, emas, perak, besi dan kemor (sejenis batu karang)





Pelbagai nama telah diberikan seperti Anak Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa Demam, Kakaktua, Tapak Kuda dan Pekaka. Penjelmaan rekabentuknya menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tersebut yang bersifat raksaksa dan garuda. Ragamhias hulu keris kebanyakannya bermotifkan bunga timbul, awan larat, bunga tebuk, ketam guri, bentuk fauna dan juga bentuk dewa Hindu dengan imbasan wajah manusia.





Pendongkok

Dikenali juga sebagai dokok, pendongkok, dulang-dulang keris atau memendak. Diperbuat dari logam, tembaga, perak atau emas. Berbentuk seperti bunga dan berukiran bunga dawai pintal yang bertatahkan batu permata atau ukiran biasa sahaja. Pendongkok dipasangkan melekap pada pangkal hulu keris dibahagian permukaan ganja.



Bilah Keris

Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok, samada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus. Terdapat juga keris yang panjang berukuran 61sm. dengan matanya berbentuk mata pedang seperti Keris Sundang dan ada yang sehingga 29 lok. Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel.

Keris juga diibaratkan sebagai insan, sesetengah Empu atau pembuat keris memasukkan unsur magis atau penunggu kepada senjata itu, supaya ianya lebih memberikan kekuasaan.

*

Paksi
Ganja
Dagu
Kepala Cicak
Leher
Perut
Sepit Rotan
Ekor
Kepit
Aring

Gandik
Kembang kacang
Belalai Gajah
Bibir Gajah
Rigi
Janggut
Tulang Keris
Hujung Keris
Tuntung Keris

Sampir dan Batang

Sampir adalah sarung dibahagian ganja dan aring keris. Berbentuk seperti sampan melintang pada kedudukan keris. Diperbuat dari jenis kayu sama seperti hulu keris juga dan sesetengah sampir diukir pada kayunya atau disaluti emas, perak atau tidak diukir langsung, hanya corak urat kayu tersebut telah menampakkan keindahannya.

Batang merupakan sarung kepada bilah keris ia lurus serta agak meruncing sedikit pada hujungnya. Diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran bermotifkan flora, tetapi terdapat juga yang tidak diukir. Kebiasaannya pada hujung batang ini akan disarungkan dengan buntut yang diperbuat dari perak, emas, tanduk atau gading.


Sampir Keris Jawa

Sampir Keris Jawa


Sampir Keris Bali

Sampir Keris Keraton

Sampir Keris Sulawesi

Sampir Keris Patani









Jenis Keris

Berbagai jenis keris terdapat di Nusantara Melayu dan kegunaannya selain sebagai senjata, regalia terhadap Raja Melayu dan perubatan.

Keris Sepukal
Keris Sempena
Keris Cerita
Keris Picit
Keris Tajung
Keris Sulok Belingkong - lok tiga
Keris Apit Liang - lok lima
Keris Jenoya - lok tujuh
Keris Rantai - mempunyai sembilan hingga 21 lok
Keris Andus - mempunyai 23 hingga 29 lok



*rujukan Perpustakaan Negara Malaysia





Seterusnya...

Butiran Cawangan

Alamat Surat Menyurat :

Tarikh Penubuhan :
2007


Tempat Latihan:
Padang Permainan Taman Prima Beruntung

Waktu Latihan :
Setiap Hari Jumaat Dan Sabtu ( 9.00 Malam - 11.00 Malam )

Jurulatih :
Cikgu Pendekar Mohd Azizi Bin Haji Hassan

No. Telefon :
019-3372608

Orang Perhubungan:

No. Telefon :


Seterusnya...

Butiran Cawangan

Alamat Surat Menyurat :
No. 24, Jalan Telipot 1A/4,
Seksyen BS9, Bukit Sentosa 3,
48300 Rawang, Selangor

Tarikh Penubuhan:
Ogos 2006

Tempat Latihan:
Padang Telipot Azura

Waktu Latihan:
Setiap Hari Sabtu ( 9.00 Malam - 11.00 Malam )
Setiap Hari Ahad ( 5.00 Petang - 7.00 Petang )

Jurulatih :
Cikgu Muhammad Mahmud B. Bustamam

Hubungi:
03-60220451 / 019-2485668

Orang Perhubungan:
En. Mohamad Badrul Munir B. Mohd Nadzri
Setiausaha PSSLM
Cawangan Telipot Azura 1A.
No. Telefon : 019-3139938


SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA CAWANGAN TELIPOT AZURA 1A

Penasihat
En. Ahmad Rahimi Bin Abdullah

Pengerusi
En. Mohd Nazaruddin Bin Noryat

Setiausaha
En. Mohamad Badrul Munir Bin Mohd Nadzri

Bendahari
En. Muhamad Nazri Bin Salleh

Ahli Jawatan Kuasa
En. Zam Fadzila Bin Harun
En. Mohd Azmi Bin Atan
En. Refized Bin Nasir
En. Ramdzan Bin Tahir
En. Abdullah Sidek Bin Ahmad
Puan Zunika @ Ruzita Binti Abdul Mutalip
Puan Jemilah Binti Yusoff
En. Abdul Hadi Bin Mohamad



Kembali

Seterusnya...

Senjata Tradisional

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Latar Belakang | Pakaian | Tatacara Latihan | Adat Istiadat | Pendekar | Senjata Tradisional


Pengenalan
Senjata tradisional amat berkait rapat dengan sejarah Melayu yang diwarisi oleh orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan rekacipta Pandai Besi maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi.

Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain dari digunakan sebagai alat berperang atau mempertahankan diri serta hiasan ianya juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib. Sesetengah mereka mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya.

Kelok-kelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif. Dengan pelbagai bentuk senjata tradisional yang kebanyakkannya berasal-usul dari luar yang diwarisi oleh nenek moyang mereka juga melambangkan ketinggian daya pemikiran dalam mengungkapkan segala makna yang tersurat dan tersirat.

Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan nama-nama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri, Anak Ayam Teleng dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat dari kayu yang baik seperti teras nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan sebagainya.

* rujukan Perpustakaan Negara Malaysia



Senjata-Senjata yang popular penggunaannya di dalam Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.

  1. Rotan
  2. Parang
  3. Keris
  4. Kapak
  5. Sadak


Seterusnya...

Kejurulatihan Negeri

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Sektor Majlis Tertinggi | Sektor Pentadbiran | Sektor Kejurulatihan
Kejurulatihan Pusat | Kejurulatihan Negeri


SENARAI AHLI JAWATANKUASA

SEKTOR KEJURULATIHAN

NEGERI SELANGOR

PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA



Ketua Jurulatih Kanan Negeri
: Cikgu Mohd Redzuan B. Mohd Salleh

Timbalan Ketua Jurulatih 1 : Cikgu Ustaz Mohd Yatim B. Abu Idras

Timbalan Ketua Jurulatih 2 : Cikgu Muhammad Mahmud B. Bustamam

Setiausaha: Cikgu Mohd Wazir B. Mohd Tahir

Bendahari : Cikgu Mohd Aizat B. Jamil

Timbalan Bendahari : Cikgu Noorzila Bt. Mohd Shukor


Biro-Biro

Ketua Penerangan

Cikgu Mohamad Hairil B. Hj. Mohamad Tanuri

Ketua Disiplin

Cikgu Ustaz Mohd Yatim B. Abu Idras

Ketua Biro Kebajikan

Cikgu Abdul Rafiq Ahmad Al Kamal

Ketua Biro Hal Ehwal Agama

Cikgu Ustaz Mohd Yatim B. Abu Idras

Ketua Jurulatih Silat Seni

Cikgu Mohd Redzuan B. Mohd Salleh

Ketua Jurulatih Silat Olahraga

Cikgu Noorzila Bt. Mohd Shukor

Ketua Biro Pengurusan Gelanggang & Keahlian

Cikgu Muhd Azman B. Kulup

Ketua Biro Kejurulatihan & Latihan

Kosong



Kembali

Seterusnya...

Sektor Kejurulatihan

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Kejurulatihan Pusat | Kejurulatihan Negeri


SENARAI AHLI JAWATANKUASA KEJURULATIHAN
PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA
2008– 2009

MAHAGURU
Dato' Haji Omardin bin Mauju

PEMANGKU GURU MUDA
Guru Pendekar Mohd Yusof bin Mohd Noor
Guru Haji Ariffin bin Mohd Saat

KETUA ADAT ISTIADAT
Cikgu Khairuddin bin Haji Mustapa

KETUA JURULATIH KANAN MALAYSIA
Cikgu Mohamad Hairil B. Haji Mohamad Tanuri

TIMBALAN KETUA JURULATIH KANAN MALAYSIA
Cikgu Megat Khairul Anuar B. Dato' Haji Omardin

TIMBALAN I KETUA JURULATIH KANAN MALAYSIA
Cikgu Shaharul Dasila B. Abdul Halim

TIMBALAN II KETUA JURULATIH KANAN MALAYSIA
Cikgu Pendekar Mohd Azizi B. Haji Hassan

TIMBALAN III KETUA JURULATIH KANAN MALAYSIA
Cikgu Hasrul B. Halid

SETIAUSAHA KEJURULATIHAN
Cikgu Muhammad Mahmud B. Bustamam

BENDAHARI KEJURULATIHAN
Cikgu Mohd Redzuan B. Mohd Salleh

PENASIHAT KEJURULATIHAN
Cikgu Khairuddin B. Haji Mustapa

KETUA SETIAUSAHA PSSLM
Cikgu Muhammad Helmy Khalid B. Khairuddin

SETIAUSAHA KEPADA MAHAGURU
Dr. Said Abu Hassan
Mohd NIzam B. Abu Bakar

KETUA – KETUA BIRO

SEKTOR JURULATIH PENGIRING
Cikgu Cheah Seng Nam (K)
Cikgu Sezali bin Sulaiman (TK)

SEKTOR PROTOKOL
Belum Dilantik

SEKTOR DISIPLIN
Cikgu Haji Mohd Shafiee bin Haji Mohd Saad (K)
Cikgu Shaharul Dasila bin Abdul Halim (TK)

SEKTOR KEBAJIKAN
Belum Dilantik

SEKTOR HAL EHWAL AGAMA
Belum Dilantik

SEKTOR SILAT SENI
Belum Dilantik

SEKTOR SILAT OLAHRAGA
Belum Dilantik

KETUA JURULATIH WANITA
Cikgu Noorzila Bt. Mohd Shukor

KETUA – KETUA JURULATIH KANAN NEGERI SERTA TIMBALAN

SEKTOR KEJURULATIHAN NEGERI SELANGOR
Cikgu Mohd Redzuan bin Mohd Salleh (K)
Cikgu Mohd Yatim bin Abu Idras (TK I)
Cikgu Muhammad Mahmud B. Bustamam (TK II)

SEKTOR KEJURULATIHAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Cikgu Khairuddin B. Haji Mustapa (K)
Cikgu Shaharul Dasila bin Abdul Halim (TK)

SEKTOR KEJURULATIHAN NEGERI PERAK
Cikgu Haji Dr. Ahmad Tajuddin bin Haji Mansor (K)
Cikgu Mohd Rejab bin Shariff (TK)
Cikgu Ahmad Faisal bin Abdullah Tani (TK I)
Cikgu Raja MAzlan Kamal bin Alang Kamar (TK II)
Cikgu Mohd Ali bin Ghani @ Gani (TK III)

SEKTOR KEJURULATIHAN NEGERI PERLIS, KEDAH & PULAU PINANG
Guru Tuan Haji Ariffin bin Saat (K)
Cikgu Mahmud bin Ibrahim (TK I) (Semua 3 Negeri)
Cikgu Ahmad Faisal bin Abdul Karim (TK II) (Semua 3 Negeri)
Pendekar Haji Chin bin Hajeed (NK I) (Negeri Pulau Pinang )
Cikgu Zakaria bin Mat (NK II) (Negeri Pulau Pinang)
Cikgu Shuzaini bin Shabudin (NK III) (Negeri Pulau Pinang)
Cikgu Jamaluddin bin Ismail (NK IV) (Negeri Kedah)

SEKTOR KEJURULATIHAN NEGERI SEMBILAN, MELAKA & JOHOR
Cikgu Azrol Nizam bin Razlan (K)
Cikgu Muhammad Helmy Khalid bin Khairuddin (TK I) (Negeri Sembilan)
Cikgu Abdul Rahim bin Dasuki (TK II) (Negeri Johor)
Cikgu Idris bin Jamaluddin (TK III) (Negeri Melaka)

SEKTOR KEJURULATIHAN NEGERI PAHANG, TERENGGANU & KELANTAN
Cikgu Abdul Rahim bin Bidin (K)
Cikgu Roslizan bin Alias (TK I)
Cikgu Fauziah binti Abu Bakar (TK II)

SEKTOR KEJURULATIHAN NEGERI SARAWAK
Cikgu Sjn. Mohd Shafiee bin Abu Hasan (K)
Cikgu Jaafar bin Daud (TK)

SEKTOR KEJURULATIHAN NEGERI SABAH
Cikgu Abd Rahman B. Haidzir

Seterusnya...

Tatacara Latihan

Written by Lincah01 1 comments Posted in:

Latar Belakang | Pakaian | Tatacara Latihan | Adat Istiadat | Pendekar | Senjata Tradisional



UPACARA MEMBUKA GELANGGANG

LATIHAN SENAMAN PANAS BADAN

LATIHAN ASAS PERGERAKAN
Asas Pertama Cara Pergerakan Tangan
Asas Kedua "Langkah Lima" Cara Pergerakan Tangan
Pelebat Pertama Menumbuk Sambil Bergerak
Pelebat Kedua "Langkah Lima" Menumbuk Sambil Bergerak
Pelebat Ketiga Cara Kaki "Tendangan"
Pelebat Keempat "Langkah Lipat"

LATIHAN LOMPATAN

LATIHAN BERPENCAK / MELANGKAH

LATIHAN ASAS BUAH
Buah satu Cara Asas
Buah Satu Cara Atas
Buah Dua Cara Atas
Buah Tiga Cara Atas
Buah Empat Cara Atas
Buah Lima Cara Atas
Buah Enam Cara Atas
Buah Tujuh Cara Atas

LATIHAN BUAH PECAHAN
Pecahan Buah Satu
Pecahan Buah Dua
Pecahan Buah Tiga
Pecahan Buah Empat
Pecahan Buah Lima
Pecahan Buah Enam
Pecahan Buah Tujuh

LATIHAN BUAH KUNCIAN
Kuncian Buah Satu
Kuncian Buah Dua
Kuncian Buah Tiga
Kuncian Buah Empat
Kuncian Buah Lima
Kuncian Buah Enam
Kuncian Buah Tujuh

LATIHAN BUAH PERMAINAN TANGAN KOSONG

LATIHAN BUAH PERMAINAN SENJATA
Rotan Pendek / Panjang
Keris
Parang
Sabit
Kapak


Kembali

Seterusnya...

Sektor Pentadbiran

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Pentadbiran Pusat | Pentadbiran Negeri


SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA 2007 – 2009

Ulul Amri I :
TYT. Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas

Ulul Amri II :
YAB. Dato' Seri Haji Abdullah bin Dato' Haji Ahmad Badawi

Ulul Amri III :
YAB. Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Penaung Seumur Hidup :
YAB. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Penasihat Seumur Hidup :
YBhg. Prof. Dato' Seri (Dr.) Ibrahim bin Saad

Penasihat Kehormat :
YB. Dato' Seri Haji Zulhasnan bin Rafique

Penasihat :
YBhg. Dato' Haji Othman bin Desa

Yang DiPertua :
YBhg. Dato' Subahan bin Kamal

Timbalan Yang DiPertua :
YB. Datuk Dr. Haji Rahman bin Ismail

Naib Yang DiPertua I :
YBhg. Tuan Haji Megat Zulkarnain bin Dato' Haji Omardin

Naib Yang DiPertua II :
YBrs. En. Azmi bin Haji Talib

Setiausaha Agung :
YBrs. En. Mohd Saufi bin Hamzah

Penolong Setiausaha Agung :
YBrs. En. Azrol Nizam bin Razlan

Bendahari Agung :
YBrs. Sdr. Mohd Shaffie bin Omar

Ketua Penerangan :
YBrs. En. Muhammad Fairus bin Haji Hussain

Ahli Jawatankuasa :
YB. Tan Sri Dato' Dr. Jins Shamsuddin :
YBhg. Dato' Haji Yeop bin Munir :
YBhg. Dato' Sarimah binti Ahmad :
YBrs. En. Khairuddin bin Haji Mustapa :
YBrs. Tuan Haji Mohd Shafiee bin Haji Mohd Saad :
YBrs. Cif Inspektor Mohd Jahangir bin Haji Ali :
YBrs. En. Khor Boon Kheng :
YBrs. En. Mohamad Yazid bin Haji Yahya :
YBrs. En. Aidi Haris bin Haji Anual :
YBrs. Sdr. Muhammad Helmy Khalid bin Khairuddin :
YBrs. En. Abdul Rahman bin Haidzir :
YBrs. En. Mohd Azizi bin Haji Hassan :
YBrs. En. Zamzuri bin Zakaria :
YBrs. En. Abdoel Halem Akhbar bin Abdul Aziz :
YBrs. En. Jaafar bin Daud

Ahli Jawatankuasa Lantikan :
YBrs. En. Mahmud bin Ibrahim :
YBrs. En. Norasri bin Johari :
YBrs. En. Mohd Najib bin Jani :
YBrs. En. Megat Khairul Anuar bin Dato' Haji Omardin

Pemerikasa Kira – Kira :
YBrs. En. Johari bin Jantan :
YBrs. En. Mohd Najib bin Jani

Setiausaha Eksekutif :
YBrs. Sdr. Mohd Shaffie bin Omar

Pemegang Amanah :
YBhg. Tuan Haji Megat Zulkarnain bin Dato' Haji Omardin :
YBrs. En. Megat Khairul Anuar bin Dato' Haji Omardin :
YBrs. Sdr. Mohd Shaffie bin Omar



Kembali

Seterusnya...

Sektor Majlis Tertinggi

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Sektor Majlis Tertinggi | Sektor Pentadbiran | Sektor Kejurulatihan

SENARAI AHLI JAWATANKUASA MAJLIS TERTINGGI
PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA
2008-2010



PENGERUSI
Dato' Haji Omardin bin Mauju

TIMBALAN PENGERUSI
Tuan Haji Abu Bakar bin Mohd Noor (I)
Cikgu Azmi bin Haji Talib (II)

SETIAUSAHA
Cikgu Mohd Shaffie bin Omar

AHLI TETAP MAJLIS
Ketua Adat Istiadat
Ketua Jurulatih Kanan Malaysia
Yang DiPertua

AHLI – AHLI
Tuan Syed Mahmud bin Syed Haji Daud
Cikgu Khairuddin bin Haji Mustapa
Tuan Haji Megat Zulkarnain bin Dato' Haji Omardin
Tuan Haji Muhammad Fairus bin Haji Hussain
Cikgu Mohd Yatim bin Abu Idras
Cikgu Aidi Haris bin Haji Anual
Cikgu Mohd Redzuan bin Mohd Salleh
Cikgu Azrol Nizam bin Razlan
Cikgu Megat Khairul Anuar bin Dato' Haji Omardin
Cikgu Shaharul Dasila bin Abdul Halim
Cikgu Mohd Zairie bin Zakaria
Cikgu Ridzwadi Irwan bin Jamaludin
Cikgu Norasri bin Johari

DI JEMPUT KE MESYUARAT
Setiausaha Agung Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia
Setiausaha Kejurulatihan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia


Seterusnya...

Maklumat Gelanggang

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Keahlian terbuka kepada sesiapa yang berumur 7 tahun ke atas. Setiap ahli yang berdaftar dengan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) harus mematuhi perlembagaan dan undang-undang PSSLM termasuk segala pindaan yang dibuat dari masa ke semasa.Segala pandangan dan pendapat boleh dihubungi melalui email psslmmail@gmail.com






PSSLM Cawangan Telipot Azura 1A, Bukit Sentosa 3


PSSLM Cawangan Prima Beruntung, Bukit Beruntung


PSSLM Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Alamat, Nombor Pendaftaran Pusat,Cawangan Di Dalam Negara Dan Di Luar Negara

Pejabat Urusan
Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Sedunia PSSLM
No 29-1, Jalan 2A/6 Taman Setapak Indah
53100 Kuala Lumpur Malaysia
Tel: 603.4024 7214 / 40 Faks: 603.4024 7235
Email: lincahmalaysia@silatlincah.com.my

PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA (PSSLM)


Pengasas


Y.M MAHAGURU MASTER DATO’ HAJI OMARDIN B. MAUJU


Nombor Pendaftaran Pertubuhan 873/69


Tarikh Lulus Pendaftaran Pertubuhan 9 HB JANUARI 1971


Alamat Pertubuhan
NO. 5, JALAN PUAH OFF JALAN GOMBAK,
53000 KUALA LUMPUR


Jumlah Keahlian 830,000 ORANG AHLI (mengikut jumlah pendaftaran ahli dari tahun 1969 sehingga sekarang)


Cawangan Dalam Negara
SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, P.PINANG, KEDAH, PERLIS, PERAK, N.SEMBILAN, JOHOR, SARAWAK, MELAKA, SABAH, PAHANG, KELANTAN


Cawangan Luar Negara
BELGIUM, ENGLAND, NEW ZEALAND, BELANDA, PERANCIS, ARAB SAUDI, JEPUN, HONG KONG, MADAGASCAR, KOREA SELATAN






Kembali

Seterusnya...

Selendang dan Bengkung PSSLM

Written by Lincah01 0 comments Posted in:


Kategori Selendang PSSLM

Selendang Kehormat Tertinggi berwarna biru gelap berbanding dengan Selendang Kehormat dan mempunyai kalimah. Ditauliahkan kepada orang perseorangan atau individu yang banyak berkorban, membantu, membangunkan serta menyumbang tenaga kepada Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia



Selendang ini adalah selendang yang tertinggi di dalam Sektor Kejurulatihan PSSLM. Pemakai selendang ini juga boleh mewakili YM Mahaguru di dalam majlis dan upacara-upacara yang tertentu atas arahan YM Mahaguru.



Selendang ini dianugerahkan kepada Jurulatih PSSLM yang menandakan pemegang ini adalah Jurulatih Kanan PSSLM dan peringkat ini juga adalah sebagai Pembantu kepada Jurulatih Selendang Hitam.



Ditauliahkan kepada Jurulatih PSSLM menjadi Jurulatih Kanan PSSLM atau Jurulatih Kanan Negeri dan pembantu kepada Jurulatih peringkat Selendang Merah Berlis Hitam. Jurulatih pada peringkat ini boleh memantau tugas Jurulatih-jurulatih Selendang Kuning dan Selendang Hijau.



Ditauliah menjadi Jurulatih Muda PSSLM yang berumur 17 tahun ke atas. Pemegang Selendang ini layak bergelar seorang jurulatih dan layak mengajar ahli PSSLM di semua peringkat umur.



Selendang ini berwarna hijau dan tidak berkalimah. Penerima yang ditauliahkan juga dikenali sebagai Jurulatih Kanak-Kanak yang berumur di bawah 17 tahun. Diiktiraf oleh YM Mahaguru atas keistimewaan dan kehebatan mereka yang tersendiri.


Kategori Bengkung PSSLM






Seterusnya...

Pakaian

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Latar Belakang | Pakaian | Tatacara Latihan | Adat Istiadat | Pendekar | Senjata Tradisional


PAKAIAN DI GELANGGANG MENGIKUT TARAF

Peringkat I { kuning/kuning }
Pakaian hitam berlis kuning bersamping kuning berlilit kepala kuning
Peringkat II { merah/kuning }
Pakaian hitam berlis kuning bersamping kuning berlilit kepala merah
Peringkat III { merah/hitam }
Pakaian hitam bersamping hitam berlilit kepala merah
Peringkat IV { hitam/hitam }
Pakaian hitam bersamping hitam berlilit kepala hitam
Jurulatih { berselendang }
Pakaian hitam bengkung hitam bertanjak

Contoh Pakaian Ahli Peringkat I(Lelaki / Wanita)

PAKAIAN DI UPACARA ADAT ISTIADAT MENGIKUT TARAF

Peringkat I { kuning/kuning }
Pakaian hitam berlis kuning bersamping kuning berlilit kepala kuning
Peringkat II { merah/kuning }
Pakaian hitam berlis kuning bersamping kuning berlilit kepala merah
Peringkat III { merah/hitam }
Pakaian hitam bersamping hitam berlilit kepala merah
Peringkat IV { hitam/hitam }
Pakaian hitam bersamping hitam berlilit kepala hitam
Jurulatih Kanak-Kanak / Remaja
Pakaian hitam bengkung hitam bertanjak
berselendang hijau dan bercapal hitam
Jurulatih Muda
Pakaian hitam bengkung hitam bertanjak
berselendang kuning dan bercapal hitam
Jurulatih Kanan Negeri
Pakaian hitam bertanjak
berselendang merah bengkung hijau/kuning/merah dan bercapal putih
Jurulatih Peringkat Malaysia
Pakaian hitam makhta separuh/penuh
berselendang merah/merah hitam/hitam bengkung hijau/kuning/merah/hitam bersongket dan bercapal putih

Contoh pakaian selendang dan bengkung bagi peringkat Jurulatih Kanan PSSLM >klik sini <




Contoh Pakaian Jurulatih Peringkat Malaysia / Jurulatih Kanan PSSLM








PAKAIAN DI UPACARA RASMI / FORMAL

Peringkat I Hingga Peringkat lV

Pakaian baju melayu hitam dan bersamping songket hitam Songkok berlis kuning
Jurulatih Kanak-Kanak / Remaja dan Jurulatih Muda
Pakaian baju melayu hitam bersamping songket hitam Songkok berlis hijau dan bercapal hitam
Jurulatih Kanan Negeri
Pakaian baju melayu hitam bersamping songket hitam Songkok berlis merah dan bercapal putih
Jurulatih Peringkat Malaysia ( Makhta berselendang merah )
Pakaian baju melayu hitam bersamping songket hitam Songkok berlis merah kuning dan bercapal putih
Jurulatih Peringkat Malaysia ( Makhta berselendang merah hitam )
Pakaian baju melayu hitam bersamping songket hitam Songkok berlis merah kuning merah dan bercapal putih
Jurulatih Peringkat Malaysia ( Makhta berselendang hitam )
Pakaian baju melayu hitam bersamping songket hitam Songkok berlis hitam merah hitam dan bercapal putih
Guru Muda
Pakaian baju melayu hitam bersamping songket hitam Songkok berlis hijau hitam hijau dan bercapal putih

*Jurulatih Wanita dan ahli wanita pakaian baju kurung hitam dan capal mengikut peringkat.
*Jika majlis formal diadakan dalam dewan atau di dalam hotel digalakkan memakai kasut kulit hitam


Seterusnya...

Maklumat Persilatan

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Latar Belakang Pakaian Tatacara Latihan Adat Istiadat Pendekar Senjata Tradisional



Silat Lincah adalah salah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai 'Silat Tarah' dan telah ditukar nama Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM). Pertubuhan yang dipimpin oleh YM Mahaguru Dato' Haji Omardin B. Mauju ini bergerak aktif sejak didaftarkan pada tahun 1969.

Sejak didaftarkan pada tahun 1969 sehingga sekarang, PSSLM mempunyai keahlian lebih kurang 830,000 ribu ahli diseluruh negara.

Pada tahun 1998, PSSLM dicatatkan dalam buku 'Malaysia Book Of Record' yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Y. A. B. Datuk Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad (kini Tun) sebagai perguruan silat melayu yang mempunyai keahlian yang teramai dan terunggul.

Malah Silat Lincah bukan sahaja dikenali di Malaysia sebaliknya berjaya mengembangkan sayapnya ke beberapa negara luar termasuk England, Belgium, New Zealand, Holland dan Perancis.


Seterusnya...

Pages