Sejarah

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Silat Lincah Daerah Hulu Selangor mula bertapak di Mukim Serendah dalam tahun 1997 di Kg. Tok Pinang, Serendah yang dipelopori oleh Cikgu Pendekar Mohd Azizi B. Haji Hassan kemudian telah berpindah ke Kg. Dato Harun dan atas sebab yang tertentu gelanggang ini tidak dapat diteruskan.

Pada Ogos 2006 PSSLM Cawangan Telipot Azura 1A, Bukit Sentosa 3 telah ditubuhkan di bawah kelolaan Cikgu Muhammad Mahmud B. Bustamam dan pada tahun 2007 Cikgu Pendekar Mohd Azizi telah menubuhkan satu lagi gelanggang PSSLM Cawangan Prima Beruntung, Bukit Beruntung di bawah kelolaan beliau.

Kedua-dua gelanggang ini terus bergerak aktif di dalam satu payung yang mana Cikgu Mohd Hairil B. Hj. Mohd Tanuri sebagai Ketua Jurulatih Silat Lincah Hulu Selangor bersama-sama terlibat secara langsung dengan pihak Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia di bahagian pusat.

0 comments:

Pages