World Martial Art Festival 2008

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Gambar Aksi Jurulatih Yang Mewakili Lincah ke Chung-ju, Korea Selatan
2 Oktober - 10 Oktober 2008


Seterusnya...

Tokoh silat negara diiktiraf

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Megat Zulkarnain dilantik Naib Presiden WoMAU bagi penggal ketiga

KOREA SELATAN: Malaysia terus mendapat kepercayaan pada peringkat antarabangsa apabila sekali lagi dipilih menyandang jawatan Naib Presiden Kesatuan Seni Bela Diri Dunia (WoMAU) bagi penggal ketiga berturut-turut.

Delegasi Malaysia yang diwakili Megat Zulkarnain Omardin mendapat undian tertinggi, 26 undian daripada 29 delegasi negara keanggotaan WoMAU selepas bersaing sengit dengan empat pencalonan iaitu Indonesia, Bulgaria, Australia dan Sudan.

Beliau yang juga Ketua Kontinjen Silat Lincah Malaysia, berkata sebanyak empat negara mencalonkan Malaysia bagi jawatan itu untuk tiga tahun akan datang.

"Ini adalah kejayaan Malaysia, khususnya bagi menaikkan martabat kita pada peringkat antarabangsa dan ia tanggungjawab besar untuk dipikul bagi menaikkan nama baik negara.

"Kepercayaan komuniti antarabangsa itu berdasarkan kepercayaan pada kecemerlangan, pandangan dan gerak kerja yang kita usahakan selama ini pada peringkat antarabangsa," katanya selepas Persidangan Agung Kesatuan Seni Bela Diri Dunia (WoMAU) 2008, di Dewan Bandar Raya Chung-ju, di sini, semalam.

Semalam, persidangan itu turut menerima keanggotaan Bokator dari Kemboja dan Hulei Taigiquan dari China, menjadikan jumlah penyertaan kini sebanyak 34 negara.

Sementara itu, mengulas penganjuran Festival Seni Pertahanan Diri Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, beliau berkata, mesyuarat eksekutif WoMAU sebulat suara bersetuju membenarkan Malaysia meneruskan penganjuran Klimax 2009 pada Julai tahun depan bersempena Festival Kuala Lumpur 2009 yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. ~Berita Harian

Seterusnya...

Pages