Latar Belakang | Pakaian | Tatacara Latihan | Adat Istiadat | Pendekar |Senjata Tradisional
Silat Lincah adalah salah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai 'Silat Tarah' dan telah ditukar nama Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM). Pertubuhan yang dipimpin oleh YM Mahaguru Dato' Haji Omardin B. Mauju ini bergerak aktif sejak didaftarkan pada tahun 1969.
Sejak didaftarkan pada tahun 1969 sehingga sekarang, PSSLM mempunyai keahlian lebih kurang 830,000 ribu ahli diseluruh negara.
Pada tahun 1998, PSSLM dicatatkan dalam buku 'Malaysia Book Of Record' yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Y. A. B. Datuk Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad sebagai perguruan silat melayu yang mempunyai keahlian yang teramai dan terunggul.
Malah Silat Lincah bukan sahaja dikenali di Malaysia sebaliknya berjaya mengembangkan sayapnya ke beberapa negara luar termasuk England, Belgium, New Zealand, Holland dan Perancis.
0 comments:
Post a Comment