Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Utusan Malaysia, Isnin, 11 Januari 2010
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Keadaan Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat serangan jantung semalam, kini dilaporkan beransur pulih dan stabil.
Perkara itu disahkan oleh anak sulung beliau, Megat Zulkarnain yang turut memberitahu, bapanya telah dikeluarkan dari Unit Rawatan Koronari (CCU) dan ditempatkan ke Wad Bunga Raya IJN.
Menurut Megat Zulkarnain, bapanya masih lagi di bawah pengawasan doktor walaupun telah ditempatkan di Wad Bunga Raya.
"Alhamdulillah, ayah berada dalam keadaan stabil dan sedar. Kami sekeluarga mendoakan kesihatannya supaya segera pulih," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Omardin dimasukkan ke IJN akibat serangan jantung kira-kira pukul 8 malam.
Beliau pada mulanya dikejarkan ke Hospital Selayang sebelum diarahkan untuk dirujuk ke IJN.
Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim turut melawat pengasas silat lincah itu petang ini.
Beliau memberitahu, doktor pakar IJN memaklumkan bahawa Omardin yang dimasukkan ke hospital berkenaan tiga hari lepas berada di dalam keadaan stabil dan tidak serius.
"Jadi sebagai seorang sahabat karib, saya datang pada petang ini untuk bersama-sama melihat beliau supaya keceriaan beliau terus menerus wujud," katanya.
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Utusan Malaysia, Ahad, 10 Januari 2010
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini akibat serangan jantung kira-kira pukul 8 malam tadi.
Anak sulung beliau, Megat Zulkarnain berkata, bapanya pada mulanya dikejarkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN.
Menurutnya, bapanya kini ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan dalam keadaan stabil di bawah pemantauan pakar jantung, Datuk Dr. Amin Ariss.
“Kami dimaklumkan bahawa IJN akan membuat rawatan dan pemeriksaan susulan ke atas bapa saya Isnin ini,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia petang ini.
Megat Zulkarnain mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Selayang diketuai Ketua Jabatan Pakar Perubatan Kecemasan, Dr. Mohamed Alwi Abdul Rahman yang bertungkus-lumus merawat bapanya itu.
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Arahan Mahaguru Omardin kepada kabinet baru PSSLM
Mingguan Warta Perdana - Edisi 10 Januari 2010
KUALA LUMPUR: Mahaguru Datuk Omardin Mauju mahukan kabinet baru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), sentiasa mengharumkan nama pertubuhan itu bukan sahaja di negara ini malah di peringkat antarabangsa.
Dia berkata, mereka perlu bekerjasama dengan lebih gigih lagi bagi memastikan PSSLM yang telah sekian lama diiktiraf di peringkat dunia terus dihormati.
Katanya, PSSLM sudah banyak melahirkan pesilat tanah air hingga ke arena antarabangsa dan sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bangga dengan pertubuhan ini yang berjaya mengangkat martabat seni silat warisan sejak zaman berzaman.
"Namun begitu, jangan sesekali kita mudah berpuas hati dengan kejayaan itu, sebaliknya AJK baru perlu berusaha menyumbang tenaga dan idea bagi memastikan PSSLM terus dijulang di persada dunia," katanya
Dalam perkembangan lain, Omardin yang juga pengasas PSSLM mahukan semua Ahli Silat Lincah merealisasikan pembinaan kompleks silat untuk kegunaan pertubuhan silat dan seni mempertahankan diri seluruh negara.
Katanya, kini kerja-kerja meratakan tapak di kawasan tanah milik PSSLM yang terletak di Batu Caves sedang rancak dijalankan.
"Kompleks itu akan dibina secepat mungkin bagi memastikan kemudahan itu dapat diguna pada tahun depan.
"Dengan adanya kemudahan itu semua pertubuhan silat dan seni mempertahankan diri dapat menggunakan bangunan itu untuk pelbagai kegiatan pertubuhan masing-masing.
"Lagipun pertubuhan silat dan seni mempertahankan masih belum ada bangunan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang boleh menjadi mercu kemegahan berbanding pertubuhan lain," katanya.

Seterusnya...
2008 | 2009 | 2010
|
Tarikh | Masa | Perkara | Tempat |
| 30/01/10 | 2.00 petang | Perhimpunan PERKASA Selangor. Dirasmikan oleh Ybhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad
| Dewan Orang Ramai, AU5, Keramat.
|
| 21/02/10 |
| Majlis Ramah Mesra YB DUN Batang Kali, YDP Majlis Daerah Hulu Selangor & Ketua Balai Polis Bukit Sentosa bersama Penduduk Telipot Azura | Padang Telipot Azura, Bukit Sentosa 3 |
21/02/10
|
| Karnival Wajadiri Daerah Hulu Selangor | Dewan Orang Ramai, Serendah |
20/03/10
| 2.30 petang | Majlis Penyampaian Ijazah PSSLM. Dirasmi oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku TPM Malaysia | Padang Awam, Setiawangsa |
23/04/10
| 8.30 malam | Majlis Perasmian UMNO Cawangan Telipot Azura 1A.
| Taman Telipot Azura 1A, Bukit Sentosa 3
|
23/04/10
| 9.00 malam
| Ramah Mesra Warga Silat Daerah Hulu Selangor Anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Caw. Bukit Beruntung. Dirasmi Oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali B. Mohd Rustam Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden PESAKA | Gelanggang Silat Cekak Malaysia, Jalan Teluki, Bukit Sentosa
|
01/05/10
| 9.00 pagi
| Perasmian Gelanggang PSSLM Daerah Hulu Langat
| Padang Awam, Kg. Pasir Baru, Semenyih
|
19/10/10
| 8.00 malam
| Perasmian Pehimpunan Agong UMNO
| PWTC, Kuala Lumpur
|
20/10/10
| 9.00 pagi
| Penerimaan Anugerah Kesatria Melayu Terbilang dari Pemuda UMNO oleh YM Mahaguru Dato
| PWTC, Kuala Lumpur
|
07/11/10
| 8.00 pagi
| Perasmian Gelanggang PSSLM Ujong Permatang
| Gelanggang PSSLM Ujong Permatang, Kuala Selangor
|
13/11/10
| 8.00 malam
| Majlis Berlimau PSSLM Daerah Hulu Langat
| Dewan Sek. Men. Teknik Kajang
|
20/11/10
| 2.00 petang
| Majlis Perhimpunan Di Ambang 50 Tahun PSSLM dan Penganugerahan Ulul Amri PSSLM IV
| Padang Sek. Keb. Hashim Awang, Kepala Batas. P.Pinang
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Utusan Malaysia, 20 Disember 2009

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Seni mempertahankan diri boleh dijadikan alat perpaduan kaum bagi melahirkan bangsa yang mempunyai kesetiaan dan kecintaan terhadap negara.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, aktiviti itu juga mampu menjayakan gagasan 1Malaysia.
"Jangan jadikan seni mempertahankan diri ini sebagai alat untuk berperang sesama kaum sebaliknya bersama untuk mempertahankan tanah air tercinta," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) kali ke-29 di sini hari ini.
Hadir sama mahaguru dan pengasas PSSLM, Datuk Omardin Mauju dan Penasihat seumur hidup PSSLM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad.
Mohd. Ali berkata, pertubuhan silat perlu berani melakukan perubahan bagi memastikan ia kekal sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berupaya memberi pandangan serta maklum balas terhadap apa jua dasar kerajaan.
Menurutnya, perubahan itu meliputi perlaksanaan kegiatan persilatan mahupun isu-isu berkaitan dengan bangsa, sosial, budaya dan agama.
"Ia bagi memastikan aspek ketuanan Melayu tidak akan dipersoalkan atau diperlekeh oleh mana-mana pihak.
"Oleh itu, marilah kita berganding bahu mencapai gagasan 1Malaysia agar silat terus memainkan peranan dalam proses membina negara maju menerusi budaya, seni dan warisan turun temurun ini," katanya.
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
TAHNIAH !! kepada Cikgu Khairuddin B. Haji Mustapa telah dilantik sebagai Yang DiPertua baru bagi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.
Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur, 19 Disember 2009- Ucapan sekalung tahniah kepada barisan exco pentadbiran yang baru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia yang telah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PSSLM kali ke-29. Harapan ahli-ahli PSSLM dimana jua berada mengharapkan barisan yang diterajui oleh Cikgu Khairuddin yang mendapat mandat dan sokongan baik dari YM Mahaguru Dato', Jurulatih-jurulatih dan ahli PSSLM agar dapat memartabatkan lagi pertubuhan ini.
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:


Kelab Golf Monterez, Shah Alam, 5 Disember 2009 - Makan malam ini dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor sebagai tanda pengiktirafan persatuan seni mempertahankan diri Negeri Selangor bagi mengenang jasa dan semangat jatidiri mereka dalam memperjuangkan ilmu seni mempertahankan diri kepada remaja khususnya Negeri Selangor.
Seterusnya...