Utusan Online, Khamis, 17 Mac 2011

Zahid Hamidi (kiri) bersalaman dengan hadirin, turut kelihatan Omardin Mauju (tengah) pada Anugerah Pahlawan Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, malam tadi.

KUALA LUMPUR 16 Mac - Semua pertubuhan dan aliran persilatan Melayu di negara ini perlu bersatu dan mengetepikan perbezaan pendapat antara mereka demi bangsa, agama dan negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perjuangan demi bangsa agama dan negara adalah lebih utama dibandingkan perjuangan agenda sendiri yang akhirnya akan melemahkan orang Melayu sendiri.

Menurut beliau, penyatuan pemikiran, kerohanian dan tindakan juga penting bagi memastikan orang Melayu terus wujud.

''Ingatlah bahawa kekuatan perpaduan orang Melayu yang membawa kepada kemerdekaan negara kita," katanya ketika berucap pada Malam Perdana Anugerah Pahlawan Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) di Dewan Maha (MAEPS) Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini malam ini.

Turut hadir, Yang Dipertua PSSPGM, Datuk Raja Abdul Majid Raja Mat Isa; Mahaguru Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju; Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah, Tengku Zainul Rashid Tengku Yahya dan Waris Mutlak PSSPGM, Siti Fadzilah Meor Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid yang juga Penasihat PSSPGM menerima anugerah tertinggi persatuan iaitu Sandang Setia Bakti yang turut diterima Omardin.

Ahmad Zahid turut mengingatkan golongan yang mengaku Melayu supaya tidak menjolok sarang tebuan kerana orang Melayu akan bangkit mempertahankan bangsanya daripada dirosakkan.

Seterusnya...

Pembubaran Sektor Kejurulatihan PSSLM

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Kepada Semua Anak-Anak Lincah Seluruh Dunia. Semalam 8/1/2011, Jam 9.45 Malam, Bertempat Di Kulim Inn, Kulim Kedah, Saya Telah Membubarkan SEKTOR KEJURULATIHAN SELURUH DUNIA. Pengumuman SEKTOR KEJURULATIHAN 2011 - 2013 Akan Diumumkan Dalam Masa Yang Terdekat. Sekian Untuk Makluman Semua Jurulatih-Jurulatih Silat Lincah Seluruh Dunia.


"Yang Mulia Datuk Mahaguru Hj. Omardin Mauju"

Seterusnya...

Muhyiddin Ulul Amri Silat Lincah

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Utusan Online, Ahad, 21 November 2010

TUN Abdul Rahman Abbas memakaikan tengkolok kepada Muhyiddin Yassin yang menerima anugerah Ulul Amri Ke-4 Silat Lincah disaksikan Omardin Mauju (duduk) dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, semalam. - BERNAMA

KEPALA BATAS 20 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dianugerahkan gelaran Ulul Amri Keempat Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM).

Penganugerahan itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada perhimpunan PSSLM sempena sambutan ke-50 tahun silat lincah di sini.

Penerima anugerah pertama ulul amri PSSLM ialah Abdul Rahman sendiri diikuti bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam ucapannya, Muhyiddin melahirkan penghargaan dengan anugerah tersebut yang disifatkannya sebagai satu penghormatan yang cukup tinggi.

Beliau turut mengumumkan akan membantu PSSLM untuk memiliki bangunan sendiri bagi meningkatkan kegiatannya.

"Kerajaan dari awal lagi sentiasa didokong dan sentiasa menyokong pergerakan badan-badan pertubuhan silat Melayu.

"Seiring dengan usaha bagi mencapai matlamat itu, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah banyak bekerjasama dengan pertubuhan silat Melayu agar diiktiraf dan dipelajari ramai serta sentiasa seiring dengan lunas-lunas Islam," katanya pada majlis itu di sini.

Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam serta Pengerusi Majlis Tertinggi (MT) Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju.

Seterusnya...

Utusan Online, Khamis, 21 Oktober 2010.

Khairy Jamaluddin menyampaikan Anugerah Kesatria Terbilang Pemuda UMNO kepada Omardin Mauju di Dewan Merdeka, PWTC, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Okt. – Pengerusi Majlis Tertinggi (MT) Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju mendapat penghormatan sebagai penerima pertama Anugerah Kesatria Terbilang Pemuda UMNO di atas jasa dan baktinya memperjuangkan seni kebudayaan Melayu selama 50 tahun.

Beliau yang nyata berbangga dengan penganugerahan itu berkata, anugerah tersebut bukan saja melambangkan penghargaan untuk dirinya seorang malah ditujukan kepada semua pejuang-pejuang silat Melayu.

“Saya berterima kasih di atas penganugerahan ini. Saya amat menghargainya namun selama 50 tahun saya memperjuangkan silat Melayu, saya anggap anugerah bukanlah segala-galanya.

“Ia menandakan jasa saya dikenang dan diingati. Tetapi bagi saya sendiri, selagi bernafas, selagi hayat dikandung badan, saya akan terus berjuang memartabatkan silat Melayu di mata dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia sebaik menerima anugerah tersebut pada Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Omardin sebelum ini pernah dianugerahkan dengan gelaran Legenda Seumur Hidup Seni Mempertahankan Diri Dunia oleh Persatuan Pendidik Antarabangsa Bagi Keamanan Dunia (IAEWP) dan Gelaran Master 7 Dan, dari Persekutuan Taekwondo Global Malaysia pada 2001.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan generasi muda agar sentiasa mencabar diri bagi menjadi pemimpin yang berjasa bukan saja di negara ini malah ke peringkat antarabangsa.

“Perjuangan hari ini bukan seperti dahulu. Dulu saya berjuang bersendirian tetapi hari ini pelbagai bantuan khas boleh diperoleh.

“Disebabkan itu, saya mahu lihat orang- orang muda mampu berjuang hingga ke peringkat antarabangsa. Bercita-citalah untuk menjadi pemimpin, bukan saja di negara ini malah ke peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Seterusnya...

Utusan Malaysia, Khamis, 26 Ogos 2010

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Sekiranya benar ada dalang di sebalik tunjuk perasaan di Indonesia, saya cabar mereka tampil untuk dedahkan diri di sini.

Amaran keras itu dilafaz Pengerusi Majlis Tertinggi (MT) Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju kepada individu atau mana-mana pihak yang disifatkannya sebagai perosak negara dengan mendalangi peristiwa 'hitam' di hadapan Kedutaan Malaysia di Indonesia semalam.

Beliau ketika dihubungi di sini hari ini berkata, cabaran itu dilakukan kerana beliau sendiri merasa tercabar melihat Jalur Gemilang dipijak selain sedih mendengar khabar Kedutaan Malaysia yang menjadi jambatan kepada perhubungan dua negara dilempar dengan najis.

"Saya terkejut melihat reaksi rakyat Indonesia ke atas kedutaan kita. Jika benar ada dalang daripada rakyat negara ini dan jika benar dalang itu betul-betul berani, sila dedahkan diri anda," katanya.

Omardin menambah, beliau turut menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ahli persatuan silat itu mengenai tindakan yang perlu diambil.

"Apa pun, kita tidak akan bertindak melakukan perbuatan seperti penunjuk perasaan itu. Kita di sini lain, sentiasa menggunakan akal dan fikiran yang waras untuk menjaga keharmonian.

"Itu bagaimanapun tidak bermakna kita gentar. Sekiranya negara ini diceroboh, kita sanggup melawan meskipun negara ini kecil. Tidak perlulah gertak kita selalu," katanya.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku ketika ini.

"Kita sebagai bangsa serumpun tidak perlulah berbalah begini. Di rumah saya sendiri ada lima orang gaji Indonesia, mereka kita tatang bagai minyak yang penuh," katanya.

Seterusnya...

Berita Harian, Ahad, 2 Mei 2010

HULU LANGAT: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dianugerahkan gelaran Ulul Amri IV oleh Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) pada majlis yang dijadualkan berlangsung di Pagoh, Johor, penghujung Mei ini.

Mahaguru merangkap Pengasas PSSLM, Datuk Omardin Mauju, berkata penganugerahan itu akan melengkapkan barisan Ulul Amri PSSLM selepas tiga tokoh sudah dilantik memegang jawatan berkenaan.

Katanya, Ulul Amri I ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Ulul Amri II, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah Ulul Amri III.

“Kami jangkakan semua ahli PSSLM di seluruh Johor akan hadir pada majlis itu nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Anak Lincah dan Gelanggang PSSLM Daerah Hulu Langat di sini, semalam.

Seramai 200 ahli PSSLM daripada kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah serta orang awam dari 11 gelanggang perguruan berkenaan menyertai perhimpunan terbabit. Hadir sama, Timbalan Pengerusi Pemadam Hulu Langat, Datuk Dr Ujang Bagong dan Timbalan I, Ketua Jurulatih PSSLM Selangor, Mohd Yatin Abu Idras.

Katanya, sejak 50 tahun PSSLM ditubuhkan, lebih sejuta ahlinya dari dalam dan luar negara berjaya menguasai seni silat yang diperturunkan ilmunya dari satu generasi ke satu generasi.

Omardin berkata, pembelajaran silat juga dapat merapatkan hubungan persaudaraan tanpa mengira pangkat serta darjat dan penyertaan remaja dalam silat dapat membentuk peribadi dan menyatukan anak Melayu khususnya untuk mengekalkan warisan nenek moyang.
“Saya harap generasi muda akan dapat mendalami warisan seni silat ini kerana ia boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa, selain menjulang nama negara dan budaya Melayu ke persada dunia,” katanya.

Seterusnya...

YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali B. Mohd Rustam (kiri) bersama YM Mahaguru Dato' Haji Omardin B. Mauju di dalam Majlis Ramah Mesra Warga Silat Daerah Hulu Selangor.


Bukit Sentosa, Jumaat, 23 April 2010.

YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali B. Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka telah merasmikan UMNO Cawangan Telipot Azura 1A, Bukit Sentosa 3 jam 8.30 malam dan telah disambut oleh ahli-ahli Silat Lincah Caw. Telipot Azura.

Selepas itu dimajlis yang berlainan, ahli silat lincah Telipot Azura dan ahli silat lincah Prima Beruntung telah bersama-sama di dalam majlis ramah mesra warga silat daerah Hulu Selangor yang dianjurkan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Cawangan Bukit Beruntung yang berpusat di Jalan Teluki, Bukit Sentosa. Majlis tersebut yang dirasmikan juga oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali B. Mohd Rustam, selaku Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden PESAKA dan majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran YM Mahaguru Dato' Haji Omardin B. Mauju selaku Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) sempena Pilihanraya kecil 094 Parlimen Hulu Selangor.

Seterusnya...

Pages