Written by Lincah01
Posted in:

SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BERBAHAGIA DISAMPING ISTERI TERCINTA BUAT CIKGU ZUL (Jurulatih Silat Lincah Taman Universiti) - Ikhlas dari kami Jurulatih-jurulatih dan Ahli PSSLM dari Hulu Selangor.
Foto dari blog Silat Lincah Taman U sempena perkahwinan beliau pada 31 Okt 09 yang lalu
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:

YM Dato' Mahaguru bersama VVIP
Pada 16 Oktober 2009 yang lalu di Dewan Tun Razak 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) . YM Mahaguru Dato' Haji Omardin B. Mauju bersama-sama Jurulatih dan Ahli Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) telah menghadiri jamuan rumah terbuka aidilfitri TPM yang dianjurkan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin B. Mohd Yassin Selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
11 Oktober 2009
Kg. Tanjung, Semenyih - PSSLM Daerah Hulu Langat telah mengadakan satu majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Cikgu Ustaz Mohd Yatin selaku Timbalan 1 Ketua Jurulatih Kanan PSSLM Negeri Selangor serta merangkap Jurulatih PSSLM Daerah Hulu Langat.
Gambar di atas beliau bersama Cikgu Muhammad Mahmud dan keluarga serta ahli dari PSSLM Cawangan Telipot Azura 1A.
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:

Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Utusan Malaysia, Selasa, 15 September 2009
KUALA LUMPUR 14 Sept. – Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) sedia menggerakkan empat juta anggotanya jika kedaulatan negara ini diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sehubungan itu, Setiausaha Agungnya, Megat Zulkarnain Omardin mengingatkan kepada pihak yang bercita-cita untuk melakukan tindakan seperti itu supaya melupakan hasrat berkenaan.
‘‘Sejak dahulu lagi, kami telah diajar untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja yang cuba menceroboh kedaulatan negara ini. Ini tanah air kami dan kami rela berkorban untuk agama kami serta untuk negara kami.
‘‘Kami tidak rela melihat ada orang lain sengaja menceroboh negara kami dengan sesuka hati. Kami sedia melawan mereka. Kami juga mempunyai kekuatan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas hasrat segelintir rakyat Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) untuk menyerang Malaysia ekoran isu tarian Pendet
Perkara itu dinyatakan oleh Penyelaras Kempen Anjuran Kumpulan Pemuda Nasionalis Bendera, Mustar Bonaventura baru-baru ini bahawa kesemua sukarelawan itu telah menyimpan stok makanan, ubat-ubatan termasuk senjata seperti pedang samurai bagi menghadapi kemungkinan perang.
Bagaimanapun Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono bimbang dengan perkembangan itu sambil mengingatkan bahawa tindakan Bendera itu hanya akan mencetuskan masalah baru.
Mengulas lanjut Megat Zulkarnanin berkata, diam bukan bermakna kemampuan rakyat Malaysia khususnya pengamal silat boleh diperkecilkan.
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
Galeri
Galeri 1 | Galeri 2 | Galeri 3 | Galeri 4 | Galeri 5 | Galeri 6
Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih Bersama Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia Merangkap Ulul Amri 3 PSSLM.
08 September 2009
Kediaman Rasmi PM, Sri Satria, Putrajaya
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
Seterusnya...