Mahaguru Silat Berenang 5 Kilometer

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Harian Metro, Khamis, 14 Mei 2009

Kuala Lumpur: Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omardin Mauju akan berenang secara solo sejauh lima kilometer dari Pulau Jerejak ke Pulau Pinang, Disember ini.

Yang Dipertua PSSLM, Datuk Subahan Kamal, berkata acara itu bukan bertujuan menunjuk-nunjuk atau mendapat publisiti sebaliknya mahu memberi kesedaran kepada generasi muda supaya tidak terbabit dengan gejala tidak sihat,

"Mahaguru mahu generasi muda menyedari bahawa dengan fizikal yang sihat dan minda yang cerdas, mereka boleh melakukan banyak perkara berfaedah, bukannya terbabit dengan dadah atau menyertai kumpulan mat rempit.

"Dengan fizikalnya yang tidak begitu mengizinkan kerana kedua-dua kaki sudah tidak boleh digunakan dan usianya yang kini mencecah 70 tahun, Mahaguru ingin membuktikan bahawa tiada apa yang dapat menghalang seseorang melakukan perkara berfaedah sekiranya mereka mempunyai jati diri, keinginan dan semangat yang kental," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media acara itu, di sini, semalam. Hadir sama, Presiden Majlis Seni Bela Diri Negara (Marcil), Datuk Dr Rahman Ismail dan Naib Yang Dipertua PSSLM, Megat Zulkarnain Omardin.

Subahan berkata, sebelum melakukan acara renang itu, Omardin akan mengadakan beberapa sesi latihan di Pulau Besar, Melaka dan menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan beliau boleh berenang dengan jayanya pada hari itu.

"Kebanyakan latihan yang akan dijalankan lebih menumpukan kepada senaman menguatkan bahagian badan dari pinggang ke atas kerana beliau akan menggunakan tangan dan dada untuk berenang pada hari itu.

"Persatuan memberi sokongan penuh kepada Mahaguru dan berharap beliau akan berjaya membuktikan kepada anak muda bahawa jati diri yang kuat akan dapat mengubahkan diri untuk melakukan perkara yang lebih berfaedah," katanya.

Julai tahun lalu, Omardin pernah menunjukkan demonstrasi ditanam hidup-hidup dalam sebuah lubang seperti kubur selama kira-kira lima minit, di Beranang sempena penggambaran rancangan Panorama, terbitan RTM.

Seterusnya...

Utusan Malaysia, Ahad, 11 Januari 2009

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Seramai empat juta ahli seni mempertahankan diri di negara ini akan memboikot penggunaan produk buatan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju berkata, setiap ahli dan keluarga mereka telah menyatakan kesediaan untuk memboikot barangan keluaran negara berkenaan dalam kehidupan seharian mereka.

'''Saya yakin dengan jumlah ahli seni mempertahankan diri yang besar di negara ini, mampu untuk memberi kesan terhadap kekejaman yang dicetuskan Israel.

''Malah kesepakatan yang terjalin antara pertubuhan yang ada mampu memberi impak memandang cara ini paling terbaik masa kini,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Penyelaras Aman Malaysia, Datuk Mukhriz Tun Mahathir; Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Fuad Hassan dan Presiden Majlis Seni Bela Diri Malaysia (Marcil), Datuk Dr. Rahman Ismail.

Antara pertubuhan seni silat yang memboikot produk berkenaan ialah Seni Silat Gayong Malaysia, Silat Gayong Fatani, Seni Silat Cekak Malaysia, Seni Silat Cekak Hanafi dan Seni Silat Lincah Malaysia.

Dalam pada itu Omardin berkata, ahli-ahli kumpulan seni mempertahankan diri tersebut turut menyatakan kesediaan untuk dihantar ke Palestin.

''Kami sanggup untuk dihantar ke Genting Gaza untuk berjuang menentang kezaliman rejim Zionis jika kerajaan memberi peluang,'' katanya.

Sementara itu, Fuad berkata, pertubuhannya akan menghantar nota gesaan kepada negara-negara Arab berhubung krisis kemanusiaan di Gaza.

''Kami akan menghantar gesaan tersebut pada Selasa ini memandangkan Liga Arab adalah antara kuasa besar dunia untuk menghentikan keganasan tersebut,'' katanya.

Seterusnya...

Aktiviti 2009

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

2008 | 2009 | 2010

Tarikh

Masa

Perkara

Tempat

07/02/099.00 malamMajlis Tamat Berlimau PSSLM Kg. Ujong Permatang
Gelanggang Ujong Permatang, Kuala Selangor
19/02/098.00 malamPerhimpunan Menjunjung Setia 'Daulat Tuanku'
Dewan Tun Razak 1, PWTC, Kuala Lumpur
08/03/09
9.00 malam
Mesyuarat Sektor Kejurulatihan PSSLM Negeri Selangor Kali 1 Sessi 2009
Kompleks Penghulu Mukim Semenyih
14/03/09
9.00 malam
Majlis Tamat Berlimau PSSLM Semenyih
Kompleks Penghulu Mukim Semenyih
22/03/09
8.00 pagiPerhimpunan Peribumi Perkasa Negara Bersama Tun Dr. Mahathir MohamadKompleks Sukan TNB, Bangsar
22/03/091.00 petangMajlis Pelancaran Satu Suara Anjuran Kementerian Belia Dan SukanOne Utama (New Wing), Damansara
28/03/09
9.00 malam
Majlis Perasmian Gelanggang PSSLM Sekinchan, dirasmikan oleh YB Noriah Bt. Kasnon, Tim. Menteri Wanita & Sosial,
Gelanggang Parit 7, Sekinchan
02/05/09
6.00 petang
Majlis Perjumpaan & Ramah Mesra bersama Datuk Dr Hj. Rahman Ismail (Presiden MARCIL/Tim. YDP Silat Lincah)
Country Homes, Rawang
05/05/09
8.00 malam
Mesyuarat Sektor Kejurulatihan PSSLM Negeri Selangor
(Pemilihan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri 2009)
Pejabat TEKUN, Batu Caves
22/05/09
8.30 malam
Mesyuarat Khas Sektor Kejurulatihan PSSLM
(Pengisytiharan Ketua Jurulatih Kanan Malaysia)
Pejabat Lincah, Setapak Indah
29/05/09
6.30 petang

Jemputan Bersama YM Dato' Mahaguru & Dato' Seri Rais Yatim

Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur
30/05/09
10.00 pagi
Pemilihan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri 2009Dewan Parit 7, Sekinchan
14/06/09
2.30 petang
Mesyuarat Khas Sektor Kejurulatihan PSSLM
(Pengisytiharan KJK PSSLM, KSU, KJK Sabah)
Pejabat Lincah, Setapak Indah
20/06/09
12.00 tgh hari
Majlis Penganugerahan Supreme Grandmaster kepada YM Mahaguru Dato'
Politeknik Shah Alam
20/06/09-
21/06/09


Latihan Pusat PSSLM Negeri Selangor Ke Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2009
Gelanggang PSSLM Damansara Lestari
23/06/09
8.00 malam
Mesyuarat Khas Perhimpunan Malam Pendekar Lincah Selangor
Pejabat ADUN Tmn Templer, Tmn Prima Selayang
25/06/09-
28/06/09

Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2009
Alor Setar, Kedah
27/06/09

Majlis Perkahwinan Cikgu Mohd Redzuan Ketua Jurulatih Kanan PSSLM Negeri Selangor
Sg. Nibong, Sekinchan
02/07/09
9.00 malam
Perbincangan Sektor Kejurulatihan PSSLM yang baru
(Misi & Visi PSSLM)
Pejabat Lincah, Setapak Indah
04/07/09

Majlis Kesyukuran Cikgu Mohd Redzuan
Bukit Beruntung
15/07/09
8.30 malam
Mesyuarat Penyelarasan Malam Pendekar Lincah (2)
Pejabat ADUN Tmn Templer, Tmn Prima Selayang
16/07/09
8.00 malam
Mesyuarat Sektor Kejurulatihan PSSLM Negeri Selangor
Pejabat Lincah, Setapak Indah
21/07/09
9.00 malam
Perbincangan Sektor Kejurulatihan PSSLM
Pejabat Lincah, Setapak Indah
25/07/09
8.00 malam
Mesyuarat Sektor Kejurulatihan PSSLM Malaysia & Sektor Kejurulatihan PSSLM Negeri Selangor
(Malam Pendekar Lincah, Perhimpunan One Malaysia)
Pejabat Lincah, Setapak Indah
02/08/09
2.30 petang
Majlis Perasmian Gelanggang PSSLM Sekinchan & Kenaikan Taraf Peringkat Rendah, dirasmikan oleh YB Noriah Bt. Kasnon, Tim. Menteri Wanita & Sosial, Gelanggang Tali Air 6, Sekinchan
04/08/09-
05/08/09
9.00 pagi -6.00 petang
Kursus Pengisian Perbarisan Dan Perarakan Hari Kemerdekaan ke 52Bangunan MAS, Kuala Lumpur
08/08/09
5.00 petang -7.00 petangRaptai Perhimpunan Seni Beladiri 1Malaysia & Pelancaran Dataran Budaya Kuala Lumpur 2009
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
15/08/09
8.00 pagi -7.00 petangRaptai & Perhimpunan Seni Beladiri 1Malaysia & Pelancaran Dataran Budaya Kuala Lumpur 2009 Dirasmikan Oleh Y.B. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
16/08/09
9.00 pagi - 9.00 malam
Latihan Pengisian Perbarisan Dan Perarakan Hari kemerdekaan ke 52Gelanggang PSSLM Taman Selayang
19/08/09
4.00 petang -7.00 petangLatihan Pengisian Perbarisan Dan Perarakan Hari kemerdekaan ke 52Stadium MBPJ, Kelana Jaya
06/09/09
6.30 petang
Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih PSSLM Negeri Selangor
Rumah Pengerusi PSSLM Caw. Kajang
08/09/09
6.30 petang
Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih Bersama Y. A. B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia Merangkap Ulul Amri 3 PSSLM
Kediaman Rasmi Sri Satria, Putrajaya
11/10/09
2.00 petang - 6.00 petang
Majlis Rumah Terbuka PSSLM Daerah Hulu Langat
Rumah Ustaz Mohd Yatin, Kg. Tanjung, Semenyih
16/10/09
8.00 malam
Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin B. Mohd Yassin Selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Dewan Tun Razak 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
05/12/09
8.00 malam
Majlis Makan Malam Perhimpunan Rakan Wajadiri Peringkat Negeri Selangor Tahun 2009
Kelab Golf Monterez, Shah Alam
12/12/09
9.00 pagi
Seminar Kewangan dan Audit Badan Sukan
Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil
19/12/09
2.30 petang
Mesyuarat Agung Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Kali ke 29.
Dirasmikan oleh YAB. Datuk Seri Mohd Ali B. Rustam
Ketua Menteri Melaka
Hotel Grand Season, Kuala Lumpur

Seterusnya...

Abdullah, Najib terima anugerah

Written by Lincah01 0 comments Posted in:


Harian Metro, Sabtu, 1 November 2008

Teraju utama keamanan

Subang Jaya: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dikurniakan Anugerah Presendential Medal Of Honour sempena Kongres Keamanan Dunia (WPC) ke-18 dan Festival Seni Bela Diri Antarabangsa (IMAF) 2008.

Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, pula menerima Global Leadership Award dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib, dikurniakan International Leadership Award.

Manakala Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Haji Omardin Mauju menerima Living Legend of martial Arts; Datuk Chee Kok Wing (International Platinum Award For Peace); Datuk Ramlan Merican Naina Marican (Global Platinum Award) dan Prof Dr Mahaguru Zahalan Man (International Men of Peace Award). Muhammad menerima anugerah bagi pihak Abdullah dan Najib.

Anugerah itu diberi kerana sumbangan mereka kepada misi integrasi menjadikan negara ini teraju utama negara aman dunia.

Presiden International Association of Educators for World Peace (IAEWP), Prof Dr Charles Mercieca, berkata persidangan atau festival selama tiga hari di negara ini mencapai objektifnya.

"Kira-kira 1,000 perwakilan dari 120 negara duduk semeja berbincang serta bertukar pendapat memupuk semangat cintakan keamanan.

"Ini termasuk memupuk semangat di kalangan pelajar sekoleh rendah," katanya selepas menyampai anugerah di Sunway Resort Hotel & Spa dan Sunway Piramid Convention Centre, Di sini.

Seterusnya...

World Martial Art Festival 2008

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Gambar Aksi Jurulatih Yang Mewakili Lincah ke Chung-ju, Korea Selatan
2 Oktober - 10 Oktober 2008


Seterusnya...

Tokoh silat negara diiktiraf

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Megat Zulkarnain dilantik Naib Presiden WoMAU bagi penggal ketiga

KOREA SELATAN: Malaysia terus mendapat kepercayaan pada peringkat antarabangsa apabila sekali lagi dipilih menyandang jawatan Naib Presiden Kesatuan Seni Bela Diri Dunia (WoMAU) bagi penggal ketiga berturut-turut.

Delegasi Malaysia yang diwakili Megat Zulkarnain Omardin mendapat undian tertinggi, 26 undian daripada 29 delegasi negara keanggotaan WoMAU selepas bersaing sengit dengan empat pencalonan iaitu Indonesia, Bulgaria, Australia dan Sudan.

Beliau yang juga Ketua Kontinjen Silat Lincah Malaysia, berkata sebanyak empat negara mencalonkan Malaysia bagi jawatan itu untuk tiga tahun akan datang.

"Ini adalah kejayaan Malaysia, khususnya bagi menaikkan martabat kita pada peringkat antarabangsa dan ia tanggungjawab besar untuk dipikul bagi menaikkan nama baik negara.

"Kepercayaan komuniti antarabangsa itu berdasarkan kepercayaan pada kecemerlangan, pandangan dan gerak kerja yang kita usahakan selama ini pada peringkat antarabangsa," katanya selepas Persidangan Agung Kesatuan Seni Bela Diri Dunia (WoMAU) 2008, di Dewan Bandar Raya Chung-ju, di sini, semalam.

Semalam, persidangan itu turut menerima keanggotaan Bokator dari Kemboja dan Hulei Taigiquan dari China, menjadikan jumlah penyertaan kini sebanyak 34 negara.

Sementara itu, mengulas penganjuran Festival Seni Pertahanan Diri Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, beliau berkata, mesyuarat eksekutif WoMAU sebulat suara bersetuju membenarkan Malaysia meneruskan penganjuran Klimax 2009 pada Julai tahun depan bersempena Festival Kuala Lumpur 2009 yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. ~Berita Harian

Seterusnya...

Sumpah Pesilat

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Seterusnya...

Pages