Written by Lincah01
Posted in:
Khairy Jamaluddin menyampaikan Anugerah Kesatria Terbilang Pemuda UMNO kepada Omardin Mauju di Dewan Merdeka, PWTC, semalam.
KUALA LUMPUR 20 Okt. – Pengerusi Majlis Tertinggi (MT) Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju mendapat penghormatan sebagai penerima pertama Anugerah Kesatria Terbilang Pemuda UMNO di atas jasa dan baktinya memperjuangkan seni kebudayaan Melayu selama 50 tahun.
Beliau yang nyata berbangga dengan penganugerahan itu berkata, anugerah tersebut bukan saja melambangkan penghargaan untuk dirinya seorang malah ditujukan kepada semua pejuang-pejuang silat Melayu.
“Saya berterima kasih di atas penganugerahan ini. Saya amat menghargainya namun selama 50 tahun saya memperjuangkan silat Melayu, saya anggap anugerah bukanlah segala-galanya.
“Ia menandakan jasa saya dikenang dan diingati. Tetapi bagi saya sendiri, selagi bernafas, selagi hayat dikandung badan, saya akan terus berjuang memartabatkan silat Melayu di mata dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia sebaik menerima anugerah tersebut pada Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Omardin sebelum ini pernah dianugerahkan dengan gelaran Legenda Seumur Hidup Seni Mempertahankan Diri Dunia oleh Persatuan Pendidik Antarabangsa Bagi Keamanan Dunia (IAEWP) dan Gelaran Master 7 Dan, dari Persekutuan Taekwondo Global Malaysia pada 2001.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan generasi muda agar sentiasa mencabar diri bagi menjadi pemimpin yang berjasa bukan saja di negara ini malah ke peringkat antarabangsa.
“Perjuangan hari ini bukan seperti dahulu. Dulu saya berjuang bersendirian tetapi hari ini pelbagai bantuan khas boleh diperoleh.
“Disebabkan itu, saya mahu lihat orang- orang muda mampu berjuang hingga ke peringkat antarabangsa. Bercita-citalah untuk menjadi pemimpin, bukan saja di negara ini malah ke peringkat antarabangsa,” ujarnya.
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Utusan Malaysia, Khamis, 26 Ogos 2010
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Sekiranya benar ada dalang di sebalik tunjuk perasaan di Indonesia, saya cabar mereka tampil untuk dedahkan diri di sini.
Amaran keras itu dilafaz Pengerusi Majlis Tertinggi (MT) Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju kepada individu atau mana-mana pihak yang disifatkannya sebagai perosak negara dengan mendalangi peristiwa 'hitam' di hadapan Kedutaan Malaysia di Indonesia semalam.
Beliau ketika dihubungi di sini hari ini berkata, cabaran itu dilakukan kerana beliau sendiri merasa tercabar melihat Jalur Gemilang dipijak selain sedih mendengar khabar Kedutaan Malaysia yang menjadi jambatan kepada perhubungan dua negara dilempar dengan najis.
"Saya terkejut melihat reaksi rakyat Indonesia ke atas kedutaan kita. Jika benar ada dalang daripada rakyat negara ini dan jika benar dalang itu betul-betul berani, sila dedahkan diri anda," katanya.
Omardin menambah, beliau turut menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ahli persatuan silat itu mengenai tindakan yang perlu diambil.
"Apa pun, kita tidak akan bertindak melakukan perbuatan seperti penunjuk perasaan itu. Kita di sini lain, sentiasa menggunakan akal dan fikiran yang waras untuk menjaga keharmonian.
"Itu bagaimanapun tidak bermakna kita gentar. Sekiranya negara ini diceroboh, kita sanggup melawan meskipun negara ini kecil. Tidak perlulah gertak kita selalu," katanya.
Beliau dalam pada itu turut menzahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku ketika ini.
"Kita sebagai bangsa serumpun tidak perlulah berbalah begini. Di rumah saya sendiri ada lima orang gaji Indonesia, mereka kita tatang bagai minyak yang penuh," katanya.
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Berita Harian, Ahad, 2 Mei 2010
HULU LANGAT: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dianugerahkan gelaran Ulul Amri IV oleh Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) pada majlis yang dijadualkan berlangsung di Pagoh, Johor, penghujung Mei ini.
Mahaguru merangkap Pengasas PSSLM, Datuk Omardin Mauju, berkata penganugerahan itu akan melengkapkan barisan Ulul Amri PSSLM selepas tiga tokoh sudah dilantik memegang jawatan berkenaan.
Katanya, Ulul Amri I ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Ulul Amri II, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah Ulul Amri III.
“Kami jangkakan semua ahli PSSLM di seluruh Johor akan hadir pada majlis itu nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Anak Lincah dan Gelanggang PSSLM Daerah Hulu Langat di sini, semalam.
Seramai 200 ahli PSSLM daripada kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah serta orang awam dari 11 gelanggang perguruan berkenaan menyertai perhimpunan terbabit. Hadir sama, Timbalan Pengerusi Pemadam Hulu Langat, Datuk Dr Ujang Bagong dan Timbalan I, Ketua Jurulatih PSSLM Selangor, Mohd Yatin Abu Idras.
Katanya, sejak 50 tahun PSSLM ditubuhkan, lebih sejuta ahlinya dari dalam dan luar negara berjaya menguasai seni silat yang diperturunkan ilmunya dari satu generasi ke satu generasi.
Omardin berkata, pembelajaran silat juga dapat merapatkan hubungan persaudaraan tanpa mengira pangkat serta darjat dan penyertaan remaja dalam silat dapat membentuk peribadi dan menyatukan anak Melayu khususnya untuk mengekalkan warisan nenek moyang.
“Saya harap generasi muda akan dapat mendalami warisan seni silat ini kerana ia boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa, selain menjulang nama negara dan budaya Melayu ke persada dunia,” katanya.
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali B. Mohd Rustam (kiri) bersama YM Mahaguru Dato' Haji Omardin B. Mauju di dalam Majlis Ramah Mesra Warga Silat Daerah Hulu Selangor.Bukit Sentosa, Jumaat, 23 April 2010.
YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali B. Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka telah merasmikan UMNO Cawangan Telipot Azura 1A, Bukit Sentosa 3 jam 8.30 malam dan telah disambut oleh ahli-ahli Silat Lincah Caw. Telipot Azura.
Selepas itu dimajlis yang berlainan, ahli silat lincah Telipot Azura dan ahli silat lincah Prima Beruntung telah bersama-sama di dalam majlis ramah mesra warga silat daerah Hulu Selangor yang dianjurkan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Cawangan Bukit Beruntung yang berpusat di Jalan Teluki, Bukit Sentosa. Majlis tersebut yang dirasmikan juga oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali B. Mohd Rustam, selaku Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden PESAKA dan majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran YM Mahaguru Dato' Haji Omardin B. Mauju selaku Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) sempena Pilihanraya kecil 094 Parlimen Hulu Selangor.
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
| No | Gelanggang | Jurulatih | Hubungi |
| 1 | SMK Gombak Setia, Gombak | Cikgu Mohd Redzuan B. Mohd Salleh | 012-2445620 |
| 2 | Flat Sri Kedah, Gombak | Cikgu Mohd Redzuan B. Mohd Salleh | 012-2445620 |
| 3 | Sek. Keb. Danau Kota, Setapak | Cikgu Mohd Redzuan B. Mohd Salleh | 012-2445620 |
| 4 | Sek. Men. Teknik Sepang | Cikgu Mohd Redzuan B. Mohd Salleh | 012-2445620 |
| 5 | Bandar Dalam, Sentul | Cikgu Noorzila Bt. Mohd Shukor | 012-2503477 |
| 6 | Taman Sunway, Batu Caves | Cikgu Noorzila Bt. Mohd Shukor | 012-2503477 |
| 7 | Prima Beruntung, Bukit Beruntung | Cikgu Pendekar Mohd Azizi B. Hj. Hassan | 019-3372608 |
| 8 | Telipot Azura 1A, Bukit Sentosa 3 | Cikgu Muhammad Mahmud B. Bustamam | 019-2485668 |
| 9 | Taman Selayang, Selayang | Cikgu Mohd Wazir B. Mohd Tahir/ Cikgu Abdul Rafiq Ahmad Al Kamal | 014-2249758/ 012-2759560 |
| 10 | Taman Seri Murni, Selayang | Cikgu Norasri B. Johari | 012-3833785 |
| 11 | Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) | Cikgu Zainal B. Sentol/Cikgu Muhammad Helmy Khalid B. Khairuddin | 017-3726451 (Cikgu Helmy) |
| 12 | Universiti Pertanian Malaysia (UPM) | Cikgu Zainal B. Sentol/Cikgu Muhammad Helmy Khalid B. Khairuddin | 017-3726451 (Cikgu Helmy) |
| 13 | Taman Universiti Indah, Serdang | Cikgu Zainal B. Sentol/Cikgu Muhammad Helmy Khalid B. Khairuddin | 017-3726451 (Cikgu Helmy) |
| 14 | Damansara Damai | Cikgu Shamsul Bahrin B. Isaruddin | 019-6682523 |
| 15 | Ujong Permatang, Kuala Selangor | Cikgu Syed Mahmud B. Hj. Syed Daud | 013-3629194 |
| 16 | Parit 7, Sekinchan | Cikgu Abdul Mutalib B. Kikin/ Cikgu Rais B. Sanan | 019-3540699 |
| 17 | Tali Air 6, Sekinchan | Cikgu Abdul Mutalib B. Kikin/ Cikgu Rais B. Sanan | 019-3540699 |
| 18 | SMK Yoke Kuan, Sekinchan | Cikgu Abdul Mutalib B. Kikin/ Cikgu Rais B. Sanan | 019-3540699 |
| 19 | Sg. Limau, Sungai Besar | Cikgu Abdul Mutalib B. Kikin/ Cikgu Rais B. Sanan | 019-3540699 |
| 20 | Taman Sri Nanding, Hulu Langat | Cikgu Johari B. Jantan | 017-8868021 |
| 21 | Kg. Tanjung, Semenyih | Cikgu Ustaz Mohd Yatin B. Abu Idras | 017-3468173 |
| 22 | Bandar Tasik Kesuma, Beranang | Cikgu Ustaz Mohd Yatin B. Abu Idras | 017-3468173 |
| 23 | Bandar Rinching, Seksyen 5, Semenyih | Cikgu Ustaz Mohd Yatin B. Abu Idras | 017-3468173 |
| 24 | Kg. Rinching Hulu, Semenyih | Cikgu Ustaz Mohd Yatin B. Abu Idras | 017-3468173 |
| 25 | Kg. Pasir Baru, Semenyih | Cikgu Ustaz Mohd Yatin B. Abu Idras | 017-3468173 |
| 26 | Taman Kajang Perdana | Cikgu Ustaz Mohd Yatin B. Abu Idras | 017-3468173 |
| 27 | Taman Seri Jelok, Kajang | Cikgu Ustaz Mohd Yatin B. Abu Idras | 017-3468173 |
| 28 | Desa Tun Razak, Sg. Besi | Guru Pendekar Mohd Yusof B. Mohd Noor | 017-2347592 (Cikgu Noorhisham) |
| 29 | Flat Sri Permai, Sg. Besi | Cikgu Norhayati Bt. Shandi | 012-9738549 |
| 30 | Setiawangsa | Cikgu Hatta B. Sanie | 012-9163646 |
| 31 | Pandan Indah | Cikgu Noorhisham | 017-2347592 |
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Mingguan Malaysia, Ahad, 21 Mac 2010
Muhyiddin Yassin, Mahaguru Datuk Omar Din bersama pesilat selepas Majlis Perjumpaan dan Penyampaian Ijazah peringkat Kebangsaan di Setiawangsa, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 20 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memuji langkah Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) membuka keahlian kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan warna kulit.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pendekatan itu sangat digalakkan kerana ia boleh menarik minat masyarakat bukan Melayu mempelajari keunikan seni mempertahankan diri milik orang Melayu.
Menurut beliau, ia menepati semangat 1Malaysia iaitu gagasan yang telah dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha menyatukan lagi hubungan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. '
'Inilah dikatakan 1Malaysia kerana akhirnya kita berjaya memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum melalui aktiviti silat. '
'Bagi saya kesediaan rakyat bukan Melayu menerima keunikan seni mempertahankan diri orang Melayu membuktikan yang kita sebenarnya boleh hidup bersama dalam satu negara dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain,'' katanya.
Beliau berucap pada majlis perhimpunan dan penyampaian ijazah PSSLM 2010 di Padang Awam Setiawangsa di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Mahaguru dan Pengasas PSSLM, Datuk Omardin Mauju, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Penasihat PSSLM, Megat Zulkarnain Datuk Omardin.
Dalam majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut diberi penghormatan menyampaikan ijazah kepada 10 penerima selendang kehormat; 30 jurulatih kanan dan 50 jurulatih biasa.
Selain itu, para hadirin turut disajikan dengan pertunjukan silat oleh ahli-ahli PSSLM termasuk kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan ke bawah.
Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, seni silat bukan sahaja mengajar ahli-ahlinya mempertahankan diri tetapi yang lebih utama seni itu berupaya membentuk rakyat yang berdisiplin, mempunyai jati diri serta sahsiah terpuji.
''Ia juga mampu melahirkan masyarakat yang memiliki kesetiaan dan kecintaan yang tinggi kepada tanah air dan elemen-elemen ini jugalah yang amat kita perlukan dalam mencapai Wawasan 2020,'' katanya.
Menyentuh penglibatan generasi muda dalam seni silat, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan mahu melihat lebih ramai golongan muda terbabit dalam kegiatan tersebut. '
'Tugas serta tanggungjawab terutamanya bagi golongan muda sebenarnya amat berat namun dengan didikan yang diperolehi dan diterapkan melalui pelajaran silat saya yakin mereka mampu memikul amanah ini.
''Bagi saya generasi muda harus digalakkan menyusuri kesenian dan tatacara disiplin yang tinggi terdapat di dalam pengamalan seni silat bagi membolehkan mereka melengkapkan proses pengisian ketahanan mental, fizikal serta keluhuran pekerti yang tinggi,'' katanya.
Sementara itu, beliau turut bangga dengan kejayaan PSSLM mengembangkan sayapnya hingga ke luar negara selain menjadi pertubuhan silat yang sentiasa diundang menyertai Festival Seni Mempertahankan Diri peringkat dunia setiap tahun.
''Tentunya penyertaan tersebut berjaya menjadikan silat sebagai jambatan budaya yang boleh memperkenalkan bahasa dan budaya orang Melayu kepada dunia luar,'' tambahnya.
Seterusnya...
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Berita Harian, Selasa, 16 Februari 2010
NORLEE Ashilin (duduk dua dari kiri) dan Omardin (kiri) selepas majlis perasmian gelanggang dan upacara berlimau di Gelanggang PSSLM Batu Berangkai di Kampar.
KAMPAR: Seni silat yang pada satu ketika menjadi status sosial dan lambang kehebatan pengamalnya masih terus bertahan dan diminati generasi muda ketika tuntutan semasa menyaksikan wang ringgit dan kemewahan hidup adalah lambang kejayaan.
Ia ditunjukkan menerusi kejayaan 84 pelatih Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) berusia antara 9 hingga 30 tahun yang menyertai upacara berlimau dan tamat latihan peringkat asas baru-baru ini.
Pengasas PSSLM, Datuk Omardin Mauju, berkata sepanjang 49 tahun persatuan itu ditubuhkan lebih sejuta ahli dari dalam dan luar negara berjaya menguasai seni silat yang diturunkan ilmunya dari satu generasi ke satu generasi. Antara warga luar yang menyertai persatuan itu termasuk dari England, Belgium, New Zealand, Belanda, Perancis, Madagascar dan yang terbaru Korea Selatan.
Omardin berkata, pembelajaran silat juga dapat merapatkan hubungan persaudaraan tanpa mengira pangkat serta darjat dan penyertaan remaja dalam silat dapat membentuk peribadi dan menyatukan anak-anak Melayu khususnya untuk mengekalkan warisan nenek moyang.
“Selain itu, remaja yang menyertai persatuan ini boleh menjadi insan berguna kepada masyarakat dan mampu menjadi benteng negara ketika negara dalam kesusahan,” katanya pada Majlis Perasmian dan Berlimau PSSLM peringkat negeri, di sini. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tualang Sekah, Norlee Ashilin Mohd Radzi; Ketua Jurulatih Kanan PSSLM, Dr Ahmad Tajuddin Mansor dan Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh.
Norlee Ashilin pula berkata, penerapan akhlak terpuji dapat dilaksanakan di kalangan remaja apabila menyertai persatuan itu dan membantu membendung mereka daripada terbabit dengan gejala negatif.
Seterusnya...