Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dari Kami Lincah Hulu Selangor, Maaf Zahir Dan Batin

Seterusnya...

Utusan Malaysia, Selasa, 15 September 2009

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) sedia menggerakkan empat juta anggotanya jika kedaulatan negara ini diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, Setiausaha Agungnya, Megat Zulkarnain Omardin mengingatkan kepada pihak yang bercita-cita untuk melakukan tindakan seperti itu supaya melupakan hasrat berkenaan.

‘‘Sejak dahulu lagi, kami telah diajar untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja yang cuba menceroboh kedaulatan negara ini. Ini tanah air kami dan kami rela berkorban untuk agama kami serta untuk negara kami.

‘‘Kami tidak rela melihat ada orang lain sengaja menceroboh negara kami dengan sesuka hati. Kami sedia melawan mereka. Kami juga mempunyai kekuatan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas hasrat segelintir rakyat Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) untuk menyerang Malaysia ekoran isu tarian Pendet

Perkara itu dinyatakan oleh Penyelaras Kempen Anjuran Kumpulan Pemuda Nasionalis Bendera, Mustar Bonaventura baru-baru ini bahawa kesemua sukarelawan itu telah menyimpan stok makanan, ubat-ubatan termasuk senjata seperti pedang samurai bagi menghadapi kemungkinan perang.

Bagaimanapun Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono bimbang dengan perkembangan itu sambil mengingatkan bahawa tindakan Bendera itu hanya akan mencetuskan masalah baru.

Mengulas lanjut Megat Zulkarnanin berkata, diam bukan bermakna kemampuan rakyat Malaysia khususnya pengamal silat boleh diperkecilkan.

Seterusnya...

Galeri 6

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Galeri 1 | Galeri 2 | Galeri 3 | Galeri 4 | Galeri 5 | Galeri 6

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih Bersama Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia Merangkap Ulul Amri 3 PSSLM.
08 September 2009
Kediaman Rasmi PM, Sri Satria, Putrajaya

Seterusnya...

Written by Lincah01 0 comments Posted in:



Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak Dan Hari Kemerdekaan Yang ke 52-Dari PSSLM Hulu Selangor (PSSLM Caw. Telipot Azura 1A, Bukit Sentosa 3 & PSSLM Caw. Prima Beruntung, Bukit Beruntung)

Seterusnya...

Pada 15 Ogos 2009 yang lalu, Y.B. Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan telah merasmikan Perhimpunan Seni Beladiri 1Malaysia Dan Pelancaran Dataran Budaya di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan dengan kerjasama Majlis Seni Bela Diri Malaysia (MARCIL)

Perhimpunan ini juga disaksikan oleh YM Mahaguru Dato' Haji Omardin B. Mauju selaku Mahaguru dan Pengasas PSSLM, Pengasas dan Penasihat Majlis Seni Beladiri Malaysia (MARCIL), Lagenda Seumur Hidup Seni Mempertahankan Diri Dunia (IAEWP) dan Supreme Grandmaster. Majlis perhimpunan ini disertai oleh 26 badan bela diri Malaysia dan peserta keseluruhan hampir 4,000 peserta dewasa dan kanak-kanak.

Keanggotaan dari PSSLM lebih dari 300 ahli PSSLM di dalam Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Gelanggang PSSLM yang terlibat adalah dari :-

1. Gelanggang Gombak
2. Gelanggang Telipot Azura 1A, Bukit Sentosa 3
3. Gelanggang Prima Beruntung, Bukit Beruntung
4. Gelanggang Taman Selayang
5. Gelanggang Semenyih
6. Gelanggang Sekinchan
7. Gelanggang Damansara Lestari
8. Gelanggang Seri Murni, Selayang
9. Gelanggang Desa Tun Razak
10. Gelanggang Raya Permai
11. Gelanggang Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
12. Gelanggang Taman Universiti
13. Gelanggang Bandar Dalam, Sentul

Seterusnya...

Galeri 5

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Galeri 1 | Galeri 2 | Galeri 3 | Galeri 4 | Galeri 5 | Galeri 6

Perhimpunan Seni Beladiri 1Malaysia
15 Ogos 2009
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Seterusnya...

Galeri 4

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Galeri 1 | Galeri 2 | Galeri 3 | Galeri 4 | Galeri 5 | Galeri 6

Pemilihan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri 2009
30 Mei 2009
Dewan Parit 7, Sekinchan

Majlis Perasmian Gelanggang PSSLM Sekinchan & Kenaikan Taraf Peringkat Rendah
02 Ogos 2009
Gelanggang Tali Air 6, Sekinchan

Seterusnya...

Pages