Pakaian

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Latar Belakang | Pakaian | Tatacara Latihan | Adat Istiadat | Pendekar | Senjata Tradisional


PAKAIAN DI GELANGGANG MENGIKUT TARAF

Peringkat I { kuning/kuning }
Pakaian hitam berlis kuning bersamping kuning berlilit kepala kuning
Peringkat II { merah/kuning }
Pakaian hitam berlis kuning bersamping kuning berlilit kepala merah
Peringkat III { merah/hitam }
Pakaian hitam bersamping hitam berlilit kepala merah
Peringkat IV { hitam/hitam }
Pakaian hitam bersamping hitam berlilit kepala hitam
Jurulatih { berselendang }
Pakaian hitam bengkung hitam bertanjak

Contoh Pakaian Ahli Peringkat I(Lelaki / Wanita)

PAKAIAN DI UPACARA ADAT ISTIADAT MENGIKUT TARAF

Peringkat I { kuning/kuning }
Pakaian hitam berlis kuning bersamping kuning berlilit kepala kuning
Peringkat II { merah/kuning }
Pakaian hitam berlis kuning bersamping kuning berlilit kepala merah
Peringkat III { merah/hitam }
Pakaian hitam bersamping hitam berlilit kepala merah
Peringkat IV { hitam/hitam }
Pakaian hitam bersamping hitam berlilit kepala hitam
Jurulatih Kanak-Kanak / Remaja
Pakaian hitam bengkung hitam bertanjak
berselendang hijau dan bercapal hitam
Jurulatih Muda
Pakaian hitam bengkung hitam bertanjak
berselendang kuning dan bercapal hitam
Jurulatih Kanan Negeri
Pakaian hitam bertanjak
berselendang merah bengkung hijau/kuning/merah dan bercapal putih
Jurulatih Peringkat Malaysia
Pakaian hitam makhta separuh/penuh
berselendang merah/merah hitam/hitam bengkung hijau/kuning/merah/hitam bersongket dan bercapal putih

Contoh pakaian selendang dan bengkung bagi peringkat Jurulatih Kanan PSSLM >klik sini <




Contoh Pakaian Jurulatih Peringkat Malaysia / Jurulatih Kanan PSSLM








PAKAIAN DI UPACARA RASMI / FORMAL

Peringkat I Hingga Peringkat lV

Pakaian baju melayu hitam dan bersamping songket hitam Songkok berlis kuning
Jurulatih Kanak-Kanak / Remaja dan Jurulatih Muda
Pakaian baju melayu hitam bersamping songket hitam Songkok berlis hijau dan bercapal hitam
Jurulatih Kanan Negeri
Pakaian baju melayu hitam bersamping songket hitam Songkok berlis merah dan bercapal putih
Jurulatih Peringkat Malaysia ( Makhta berselendang merah )
Pakaian baju melayu hitam bersamping songket hitam Songkok berlis merah kuning dan bercapal putih
Jurulatih Peringkat Malaysia ( Makhta berselendang merah hitam )
Pakaian baju melayu hitam bersamping songket hitam Songkok berlis merah kuning merah dan bercapal putih
Jurulatih Peringkat Malaysia ( Makhta berselendang hitam )
Pakaian baju melayu hitam bersamping songket hitam Songkok berlis hitam merah hitam dan bercapal putih
Guru Muda
Pakaian baju melayu hitam bersamping songket hitam Songkok berlis hijau hitam hijau dan bercapal putih

*Jurulatih Wanita dan ahli wanita pakaian baju kurung hitam dan capal mengikut peringkat.
*Jika majlis formal diadakan dalam dewan atau di dalam hotel digalakkan memakai kasut kulit hitam


Seterusnya...

Maklumat Persilatan

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Latar Belakang Pakaian Tatacara Latihan Adat Istiadat Pendekar Senjata Tradisional



Silat Lincah adalah salah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai 'Silat Tarah' dan telah ditukar nama Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM). Pertubuhan yang dipimpin oleh YM Mahaguru Dato' Haji Omardin B. Mauju ini bergerak aktif sejak didaftarkan pada tahun 1969.

Sejak didaftarkan pada tahun 1969 sehingga sekarang, PSSLM mempunyai keahlian lebih kurang 830,000 ribu ahli diseluruh negara.

Pada tahun 1998, PSSLM dicatatkan dalam buku 'Malaysia Book Of Record' yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Y. A. B. Datuk Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad (kini Tun) sebagai perguruan silat melayu yang mempunyai keahlian yang teramai dan terunggul.

Malah Silat Lincah bukan sahaja dikenali di Malaysia sebaliknya berjaya mengembangkan sayapnya ke beberapa negara luar termasuk England, Belgium, New Zealand, Holland dan Perancis.


Seterusnya...

Pendekar

Written by Lincah01 0 comments Posted in:



Pendekar PSSLM

Terdapat 8 orang yang mendapat gelaran Pendekar di dalam Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Berikut adalah serba sedikit biografi pendekar.


Pendekar Hasni Bin Muhamad Nor


(Maklumat sedang dicari)


Pendekar Abas



Menjadi ahli PSSLM sekitar dalam tahun 1969 di gelanggang Kg. Pandan, Kuala Lumpur.
Mendapat gelaran pada : Tahun 1974


Pendekar Mohd Yusof Bin Mohd Noor


Dilahirkan pada 23 Januari 1943. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 1969 di gelanggang Maktab Tentera Di Raja Sg. Besi. Beliau pernah bertarung dengan seorang pakar beladiri jepun Sensei Go Otsuka di dalam filem Selangkah Ke Alam Batin (One Step to The Beyond).
Mendapat gelaran pada : Tahun 1975
Jawatan Yang Disandang
Paduka Guru Muda PSSLM

Aksi Pendekar Yusof bersama Cikgu Khairuddin di dalam Majalah Seni Beladiri Keluaran Jun 2000


Pendekar Haji Chin Bin Hajeed


Dilahirkan pada 30 Mac 1950. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 1975 di gelanggang Kg. Kastam, Sg. Glugor, Pulau Pinang.
Mendapat gelaran pada :
Jawatan Yang Disandang
Naib Ketua I PSSLM Negeri Pulau Pinang


Pendekar Borhan Bin Ahmad


Dilahirkan pada 24 Julai 1969. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 1985 di gelanggang Sek. Men. Keb. Gombak Setia, Gombak, Selangor. Beliau juga pernah bertarung dengan pakar beladiri jepun sewaktu penggambaran dokumentari beladiri Jepun di Kg. Malaysia, Sg. Besi, Kuala Lumpur.
Mendapat gelaran pada : Tahun 1994

Pendekar Noorlizam Bin Abdul Rahim


Dilahirkan pada 15 Disember 1976. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 1990 di gelanggang Kg. Gajah, Butterworth, Pulau Pinang. Dikenali sebagai Cikgu Mat dikalangan Jurulatih dan sahabat di Pulau Pinang. Pernah beraksi di dalam penggambaran Selangkah Ke Alam Batin 2.
Mendapat gelaran pada : Tahun 2006


Pendekar Mohd Azizi Bin Haji Hassan


Dilahirkan pada 2 Januari 1977. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 1993 di gelanggang Sek. Men. Vokasional Sri Manjung, Perak. Beliau adalah pendekar yang ketujuh dan termuda di dalam Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia dan pernah beraksi di bumi Chung Ju, Korea Selatan sempena World Festival Martial Arts di sana.
Mendapat gelaran pada : Tahun 2008
Jawatan Yang Disandang
Timbalan Ketua Jurulatih Kanan II PSSLM Sedunia /
Ahli Jawatan Kuasa Sektor Pentadbiran PSSLM /
Jurulatih PSSLM Cawangan Prima Beruntung /
Jurulatih PSSLM Cawangan Bandar Tasik Puteri

Pendekar Mohammad Al-Faiz Bin Abd. Hamid
















Dilahirkan pada 14 Mac 1982. Menjadi ahli PSSLM pada tahun 2003 di gelanggang UPM Serdang. Dikenali sebagai Cikgu Bentan dikalangan Jurulatih dan sahabat. Menjadi tenaga pengajar di Gelanggang PSSLM UPM, KUIS, Taman Universiti Indah, dan Kembangsari (Semuanya di Serdang Selangor) Terlibat sebagai kumpulan pertama yang mengembangkan Senaman Jurus Lincah (SJL)
Mendapat gelaran pada : Tahun 2011















Seterusnya...

Galeri 3

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Galeri 1 | Galeri 2 | Galeri 3 | Galeri 4 | Galeri 5 | Galeri 6

Majlis Perkahwinan Cikgu Megat Khairul Anuar B. Dato' Haji Omardin
10 Januari 2008
Shangri La Hotel, Kuala Lumpur

Seterusnya...

Adat Istiadat

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Latar Belakang | Pakaian | Tatacara Latihan | Adat Istiadat | Pendekar | Senjata Tradisional


Adat Istiadat

Upacara Perasmian Gelanggang
Upacara ini harus dijalani oleh setiap ahli baru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) dan upacara ini hanya akan disempurnakan oleh YM Mahaguru atau wakil beliau. Ianya bertujuan merasmikan ahli yang baru sekaligus mengesahkan ahli tersebut sebagai ahli silat lincah yang sah dan juga menandakan ahli tersebut menjadi anak murid rasmi kepada YM Mahaguru. Setiap ahli akan dikenakan bayaran RM 15.00 untuk upacara kenduri dan RM3.00 untuk wang adat. Wang adat tersebut akan diberikan kepada YM Mahaguru. Di akhir upacara ini ahli akan diperturunkan amalan pertama oleh YM Mahaguru atau wakil beliau untuk diamalkan.
Barang-barang adat yang perlu ada untuk upacara ini adalah:-
  1. sehelai sejadah
  2. 4 bekas bara
  3. kemenyan satu pinggan
  4. pasir/tanah gelanggang satu pinggan
  5. tikar mengkuang satu gulung
Upacara Tamat Langkah / Berlimau
Upacara ini pula adalah satu upacara yang akan ditempuh oleh setiap ahli PSSLM yang telah mendapat amalan pertama apabila mereka telah cukup tempoh didalam pembelajaran silat mereka selama 6 bulan atau 8 bulan ke atas. Upacara ini akan dikendalikan oleh jurulatih dengan izin YM Mahaguru dan setiap ahli akan dikenakan tempoh pantang larang selama seminggu sebelum upacara berlimau ini dijalankan. YM Mahaguru akan menguji sejauh mana keyakinan diri, ketahanan dan ketangkasan ahli menahan ujian seperti menahan tumbukan, dipukul dan ditetak dengan bermacam-macam senjata seperti batang rotan, batang semambu, batang cangkul, batang tebu dan parang. Upacara ini juga menandakan seseorang ahli itu telah tamat pelajarannya di dalam langkah silat lincah tetapi ianya bukan bermakna akan berakhir kerana didalam pembelajaran silat tiada pengakhiran. Ahli yang mengambil ujian ini perlu menyediakan beberapa barang adat sebelum upacara ini dimulakan. Persediaan barang-barang adat adalah:-
  1. Limau nipis 3 biji
  2. Garam jantan 3 ketul
  3. Pinggan putih 1 pinggan
  4. Pulut kuning 1 gelanggang
  5. Kemenyan 3 ketul
  6. Kain putih mengikut bilangan ahli iaitu 1 meter setiap seorang
  7. Segenggam beras
  8. Wang Adat sebanyak RM 10.25 sen
  9. Paku berukuran 3 inci sebanyak 3 batang
  10. Wang persiapan upacara sebanyak RM 5.00
Barang-barang adat satu persalinan untuk jurulatih disediakan oleh gelanggang.
• Kain hitam 4 meter
• Songkok
• Capal sepasang mengikut taraf jurulatih

Barang-barang Persiapan Untuk Upacara Tamat
Senaskah Al-Quran

• Rehal
• Sejadah
• Bekas Bara
• Arang
• Pasu
• Dulang
• Pisau yang tajam
• Jug air
• Cawan bertangkai beserta piring
• 1 pinggan garam jantan
• 1 pinggan kemenyan ditumbuk halus
• 1 pinggan pulut kuning yang telah dibulat kecil – kecil
• Tikar mengkuang
• Barang ujian senjata secukupnya








Upacara Kenaikan / Penyampaian / Penganugerahan Ijazah
Upacara ini adalah bertujuan mengiktiraf peringkat seseorang jurulatih atau ahli mengikut keistimewaan yang terdapat pada dirinya mahupun orang perseorangan yang banyak berkorban, membantu, membangunkan dan menyumbangkan tenaga kepada Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Bagi Jurulatih dan ahli PSSLM mereka akan dinilai oleh sektor-sektor yang tertentu dan Mahaguru bakal menentukan kedudukan mereka terutamanya dari kalangan jurulatih atau bakal jurulatih bagi memastikan mereka ini adalah tergolong dari kalangan ahli yang benar-benar berkualiti dan berwibawa. Penganugerahan ini akan diberi kepada mereka mengikut peringkat masing-masing dan akan dihimpunkan di dalam satu majlis upacara kenaikan peringkat/ijazah pada satu perhimpunan tahunan sama ada peringkat rendah, peringkat negeri atau peringkat kebangsaan. Terdapat 2 kategori upacara kenaikan ijazah ini. Kategori tersebut adalah :-

1. Kenaikan Ijazah Peringkat Rendah PSSLM

Upacara ini hanya ditauliahkan kepada ahli biasa PSSLM dari peringkat pertama (kuning-kuning) hingga ke peringkat yang keempat (serba hitam) iaitu:-

  • Taraf Kuning-Kuning ke Merah Kuning
  • Taraf Merah Kuning ke Merah Hitam
  • Taraf Merah Hitam ke Serba Hitam atau Hitam-Hitam(Pakaian Serba Hitam ini juga dikenali sebagai Pembantu Jurulatih atau Pembantu Gelanggang)
  • Ada juga situasi upacara ini dibuka ke peringkat yang lebih tinggi dari peringkat jurulatih kanak-kanak/ remaja (Selendang Hijau), Jurulatih Muda (Selendang Kuning) dan ke peringkat Jurulatih Kanan Negeri (Selendang Merah) jika Majlis istiadat ini dianjurkan oleh PSSLM peringkat negeri dengan izin YM Mahaguru.
2. Kenaikan Ijazah Peringkat Tinggi PSSLM
Upacara kenaikan ini pula ditauliahkan kepada Jurulatih-Jurulatih PSSLM dari peringkat Jurulatih Muda hingga ke peringkat tertinggi Jurulatih Kanan Malaysia. Lazimnya upacara ini hanya diadakan pada perhimpunan PSSLM peringkat kebangsaan.

Upacara Pertabalan Makhta
Pertabalan Makhta bermaksud penganugerahan pakaian tertinggi di dalam silat lincah malaysia kepada para jurulatih. Pakaian ini melambangkan seseorang jurulatih itu adalah diperingkat Jurulatih Kanan Malaysia PSSLM. Sebelum upacara pertabalan dilakukan seseorang jurulatih itu perlu melakukan cara-cara dibawah:-

Para penerima akan menyucikan diri di air yang mengalir.
• Kemudian upacara menepung tawar pakaian makhta dan juga si penerima di jalankan.
• Antara barang-barang yang perlu ada semasa upacara mandi dan menepung tawar ialah:

Barang mandi:-

• i. 2 biji limau nipis
• ii. 3 biji garam jantan
• iii. 1 helai kain pelikat (dipakai semasa mandi)

Barang-barang Adat:-

• i. Gaharu/ Cendana
• ii. Bertih
• iii. Air Mawar
• iv. Bunga Rampai
• v. Beras Kunyit
• vi. Kulit Limau Purut (dihiris)
• vii. Kapur Barus
• viii. Daun Pandan



Seterusnya...

Galeri 2

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Galeri 1 | Galeri 2 | Galeri 3 | Galeri 4 | Galeri 5 | Galeri 6

Penganugerahan Selendang Tertinggi PSSLM
12 MEI 2007
Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang

Seterusnya...

Galeri 1

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Galeri 1 | Galeri 2 | Galeri 3 | Galeri 4 | Galeri 5 | Galeri 6

Perasmian Gelanggang PSSLM Cawangan Telipot Azura 1A,
Bukit Sentosa 3, Rawang
3 Jun 2007

Seterusnya...

Pages