Abdullah, Najib terima anugerah

Written by Lincah01 0 comments Posted in:


Harian Metro, Sabtu, 1 November 2008

Teraju utama keamanan

Subang Jaya: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dikurniakan Anugerah Presendential Medal Of Honour sempena Kongres Keamanan Dunia (WPC) ke-18 dan Festival Seni Bela Diri Antarabangsa (IMAF) 2008.

Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, pula menerima Global Leadership Award dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib, dikurniakan International Leadership Award.

Manakala Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Haji Omardin Mauju menerima Living Legend of martial Arts; Datuk Chee Kok Wing (International Platinum Award For Peace); Datuk Ramlan Merican Naina Marican (Global Platinum Award) dan Prof Dr Mahaguru Zahalan Man (International Men of Peace Award). Muhammad menerima anugerah bagi pihak Abdullah dan Najib.

Anugerah itu diberi kerana sumbangan mereka kepada misi integrasi menjadikan negara ini teraju utama negara aman dunia.

Presiden International Association of Educators for World Peace (IAEWP), Prof Dr Charles Mercieca, berkata persidangan atau festival selama tiga hari di negara ini mencapai objektifnya.

"Kira-kira 1,000 perwakilan dari 120 negara duduk semeja berbincang serta bertukar pendapat memupuk semangat cintakan keamanan.

"Ini termasuk memupuk semangat di kalangan pelajar sekoleh rendah," katanya selepas menyampai anugerah di Sunway Resort Hotel & Spa dan Sunway Piramid Convention Centre, Di sini.

Seterusnya...

World Martial Art Festival 2008

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Gambar Aksi Jurulatih Yang Mewakili Lincah ke Chung-ju, Korea Selatan
2 Oktober - 10 Oktober 2008


Seterusnya...

Tokoh silat negara diiktiraf

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Megat Zulkarnain dilantik Naib Presiden WoMAU bagi penggal ketiga

KOREA SELATAN: Malaysia terus mendapat kepercayaan pada peringkat antarabangsa apabila sekali lagi dipilih menyandang jawatan Naib Presiden Kesatuan Seni Bela Diri Dunia (WoMAU) bagi penggal ketiga berturut-turut.

Delegasi Malaysia yang diwakili Megat Zulkarnain Omardin mendapat undian tertinggi, 26 undian daripada 29 delegasi negara keanggotaan WoMAU selepas bersaing sengit dengan empat pencalonan iaitu Indonesia, Bulgaria, Australia dan Sudan.

Beliau yang juga Ketua Kontinjen Silat Lincah Malaysia, berkata sebanyak empat negara mencalonkan Malaysia bagi jawatan itu untuk tiga tahun akan datang.

"Ini adalah kejayaan Malaysia, khususnya bagi menaikkan martabat kita pada peringkat antarabangsa dan ia tanggungjawab besar untuk dipikul bagi menaikkan nama baik negara.

"Kepercayaan komuniti antarabangsa itu berdasarkan kepercayaan pada kecemerlangan, pandangan dan gerak kerja yang kita usahakan selama ini pada peringkat antarabangsa," katanya selepas Persidangan Agung Kesatuan Seni Bela Diri Dunia (WoMAU) 2008, di Dewan Bandar Raya Chung-ju, di sini, semalam.

Semalam, persidangan itu turut menerima keanggotaan Bokator dari Kemboja dan Hulei Taigiquan dari China, menjadikan jumlah penyertaan kini sebanyak 34 negara.

Sementara itu, mengulas penganjuran Festival Seni Pertahanan Diri Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, beliau berkata, mesyuarat eksekutif WoMAU sebulat suara bersetuju membenarkan Malaysia meneruskan penganjuran Klimax 2009 pada Julai tahun depan bersempena Festival Kuala Lumpur 2009 yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. ~Berita Harian

Seterusnya...

Sumpah Pesilat

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Seterusnya...

Senjata Lain

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Senjata Tradisional


Senjata Lain


Buku Lima

Senjata ini diperbuat daripada besi atau tembaga dan digunakan untuk membela diri,

Cara menggunakannya ialah dengan menggenggam buku lima sebagai penumbuk dan disasarkan ke bahagian muka atau kepala lawan.


Cucuk Sanggul

Selain digunakan sebagai perhiasan diri, cucuk sanggul juga merupakan senjata kecemasan bagi wanita ketika diserang. Ia diperbuat daripada emas, perak atau tembaga dan dihias dengan batu-batu permata.



Golok

Golok juga dikenali sebagai parang. Ia digunakan untuk melakukan kerja-kerja harian atau digunakan sebagai senjata untuk mempertahankan diri. Koleksi ini berasal dari Sumatera dan berusia lebih kurang 70 tahun.




Kapak

Kapak ini digunakan sebagai senjata dalam pertempuran khususnya untuk memenggal kepala musuh. Mata kapak diperbuat daripada besi dan pemegangnya daripada kayu. Koleksi ini berasal dari Timur tengah dan Filipina.



Meriam

Meriam buatan orang Melayu dikenali sebagai Lela. Ia diperbuat daripada besi atau tembaga dan dibuat dalam berbagai bentuk. Koleksi ini berusia lebih seratus tahun.



Serampang

Serampang berasal dari Kepulauan Jawa. Senjata ini berunsurkan kehinduan. Ia digunakan sebagai alat kebesaran di zaman pemerintahan beraja di Indonesia.





Sumpit

Sumpit digunakan oleh orang-orang Asli di Malaysia sebagai senjata berburu dan untuk mempertahankan diri. Ia diperbuat daripada rotan atau buluh.







Sundang

Sundang merupakan sejenis senjata bermata panjang yang lurus atau berlok. Ia berasal dari kepulauan Selatan Filipina. Senjata ini digunakan dengan cara melibas seperti pedang.








Sumber Jabatan Muzium Malaysia


Seterusnya...

Lembing & Tombak

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Senjata Tradisional

Pengenalan | Keris | Kerambit | Lembing & Tombak | Senjata Lain



Lembing

Lembing pada dasarnya adalah senjata lontar. Batangnya diperbuat dari kayu lurus berukuran sedepa, mata lembing dimasukkan kedalam batang dan diperkuat dengan ikatan rotan atau simpai logam. Mata lembing lazimnya dibentuk seperti pisau dan jarang berduri. Lembing Melayu lebih pendek, rengan dan tajam mata dihujungnya.

Terdapat berbagai jenis lembing kebanyakannya bermata tajam diperbuat dari kayu atau buluh. Lembing bermata logam yang pada asalnya diperbuat daripada tembaga atau gangsa dan kemudian digantikan dengan besi atau besi waja, telah digunakan sejak berkurun dahulu.

Pada masa sekarang lembing yang bermata lebar seakan daun sirih digunakan untuk upacara rasmi sahaja. Lembing yang digunakan untuk merejam musuh adalah dari yang berbentuk lebar matanya serta tangkai yang panjang dan ringan. Manakala lembing digunakan untuk pertempuran adalah dari jenis yang berabung pada matanya serta tangkai yang pendek sedikit serta lebih kukuh.



* rujukan Perpustakaan Negara Malaysia



Tombak

Ciri tombak adalah serupa seperti lembing cuma batangnya lebih panjang dari batang lembing. Tombak adalah senjata tradisional yang digunakan kebanyakannya oleh para pengawal pegawai-pegawai istana dan juga menjadi sebahagian daripada alat kebesaran DiRaja.






Kembali



Seterusnya...

Kerambit

Written by Lincah01 1 comments Posted in:

Senjata tradisional

Kerambit

Kerambit atau kurambi juga dikenali sebagai lawi ayam, kuku ayam atau rambai ayam. Senjata kecil yang berupa seperti sehelai bulu ayam jantan yang terdapat pada ekornya. Berkeadaan melentik dan tirus dihujungnya. Nama senjata ini juga dipercayaai mengambil nama dari taji atau lawi ayam. Sebab bentuk dan cara digunakan juga hampir serupa.

Kerambit pada kebiasaannya berhulukan daripada kayu atau tanduk, yang terdapat lubang sebesar jari tangan. Dibahagian pangkalnya disimpaikan dengan rotan atau logam, agar mengukuhkan lagiukatan hulu tersebut. Saiz hulu adalah sepanjang 8sm. dan mata diantara 6sm. hingga 8sm.

Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan jari telunjuk kedalam gelang yang terdapat pada hulunya, dan bahagaian matanya yang tajam meruncing itu akan terkeluar dari gengaman di bahagian kelingking. Tikaman dibuat dengan mengaritkan mata pada objek secara tumbukan yang tidak tepat kesasarannya, atau secara rautan.


*rujukan Perpustakaan Negara Malaysia





Kembali

Seterusnya...

Pages