Omardin bedah jantung Khamis ini

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Utusan Malaysia, Selasa, 19 Januari 2010

Mukhriz Mahathir (kiri) dan Khairy Jamaluddin (tengah) berbual dengan Omardin ketika melawat Mahaguru Silat Lincah itu di IJN, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju akan menjalani pembedahan pintasan jantung Khamis ini.

Anak sulungnya, Megat Zulkarnain berkata, dua pakar jantung Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Mohd. Azahari Yakub dan Datuk Dr. Amin Ariff menasihatkan agar pembedahan dilakukan ekoran masalah saluran jantung tersumbat yang dialami bapanya agak kritikal.

"Satu daripada saluran darah ke jantungnya sudah 75 peratus tersumbat dan agak kritikal kerana ia berada di pangkal.

"Oleh itu, prosedur membesarkan saluran darah yang dinamakan angioplasti tidak dapat dilaksanakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Omardin dikejarkan ke Hospital Selayang pada 8 Januari lalu sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN akibat serangan jantung.

Sehubungan itu, Megat Zulkarnain memohon semua ahli Silat Lincah di seluruh negara mendoakan agar pembedahan yang akan dijalani ayahnya itu berjalan lancar.

0 comments:

Pages