Abdullah lawat Omardin di IJN

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Utusan Malaysia, Selasa, 12 Januari 2010

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini melawat Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju di Institut Jantung Negara (IJN) di sini yang dimasukkan ke pusat perubatan itu kelmarin akibat serangan jantung.

Anak sulung guru silat itu, Megat Zulkarnain berkata, beliau dan keluarganya terharu dengan kesudian bekas Perdana Menteri meluangkan masa selama setengah jam di IJN untuk bertemu, melawat dan bertanya khabar ayahnya.

"Saya dan keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tun Abdullah kerana melawat ayah di IJN hari ini dan turut memimpin bacaan doa supaya ayah segera sembuh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Megat Zulkarnain berkata, hasil keputusan pemeriksaan darah dan jantung yang dilakukan oleh doktor hari ini mengesahkan ayahnya kini sememangnya menghadapi masalah kesihatan jantung.

"Doktor akan menjalankan X-ray ke atas ayah esok bagi mengetahui berapa injapnya yang tersumbat sebelum boleh menentukan jenis rawatan yang sesuai.

"Bagaimanapun, tahap kesihatan ayah semakin pulih berbanding keadaannya ketika dimasukkan ke IJN kelmarin," tambahnya.

0 comments:

Pages