Saluran Darah Omardin Tersumbat

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Utusan Malaysia, Khamis, 14 Januari 2010

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Pemeriksaan pengimbas pelbagai resolusi (MRI) ke atas Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju hari ini mendapati satu daripada saluran darah ke jantungnya sudah 75 peratus tersumbat.

Anak sulungnya, Megat Zulkarnain berkata, doktor yang merawat bapanya bagaimanapun akan menjalankan pemeriksaan kedua menggunakan teknik 'endogram' iaitu menggunakan kamera Isnin depan.

"Jika keadaannya tidak berubah, doktor membayangkan kemungkinan melakukan pembedahan pintasan jantung terhadap ayah.

"Ayah sedikit terkejut mendengar penjelasan doktor selepas melalui MRI kerana selama ini beliau cukup mementingkan kesihatan dan menjaga pemakanan. Namun, beliau tetap tenang dan menerima ketentuan Allah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Omardin dikejarkan ke Hospital Selayang pada 8 Januari lalu sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN akibat serangan penyakit jantung.

Megat Zulkarnain menambah, meskipun kesihatan ayahnya semakin baik, doktor masih tidak membenarkan beliau pulang ke rumah kerana bimbang berlaku serangan kedua.

0 comments:

Pages