HARUMKAN SILAT LINCAH

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

Arahan Mahaguru Omardin kepada kabinet baru PSSLM

Mingguan Warta Perdana - Edisi 10 Januari 2010

KUALA LUMPUR: Mahaguru Datuk Omardin Mauju mahukan kabinet baru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), sentiasa mengharumkan nama pertubuhan itu bukan sahaja di negara ini malah di peringkat antarabangsa.

Dia berkata, mereka perlu bekerjasama dengan lebih gigih lagi bagi memastikan PSSLM yang telah sekian lama diiktiraf di peringkat dunia terus dihormati.

Katanya, PSSLM sudah banyak melahirkan pesilat tanah air hingga ke arena antarabangsa dan sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bangga dengan pertubuhan ini yang berjaya mengangkat martabat seni silat warisan sejak zaman berzaman.

"Namun begitu, jangan sesekali kita mudah berpuas hati dengan kejayaan itu, sebaliknya AJK baru perlu berusaha menyumbang tenaga dan idea bagi memastikan PSSLM terus dijulang di persada dunia," katanya

Dalam perkembangan lain, Omardin yang juga pengasas PSSLM mahukan semua Ahli Silat Lincah merealisasikan pembinaan kompleks silat untuk kegunaan pertubuhan silat dan seni mempertahankan diri seluruh negara.

Katanya, kini kerja-kerja meratakan tapak di kawasan tanah milik PSSLM yang terletak di Batu Caves sedang rancak dijalankan.

"Kompleks itu akan dibina secepat mungkin bagi memastikan kemudahan itu dapat diguna pada tahun depan.

"Dengan adanya kemudahan itu semua pertubuhan silat dan seni mempertahankan diri dapat menggunakan bangunan itu untuk pelbagai kegiatan pertubuhan masing-masing.

"Lagipun pertubuhan silat dan seni mempertahankan masih belum ada bangunan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang boleh menjadi mercu kemegahan berbanding pertubuhan lain," katanya.

0 comments:

Pages