22
Nov
Written by Lincah01
Posted in:

Utusan Online, Ahad, 21 November 2010TUN Abdul Rahman Abbas memakaikan tengkolok kepada Muhyiddin Yassin yang menerima anugerah Ulul Amri Ke-4 Silat Lincah disaksikan Omardin Mauju (duduk) dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, semalam. - BERNAMA KEPALA BATAS 20 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dianugerahkan gelaran Ulul Amri Keempat Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM).Penganugerahan itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada perhimpunan PSSLM sempena sambutan ke-50 tahun silat lincah di sini.Penerima anugerah pertama ulul amri PSSLM...
Seterusnya...
23
Oct
Written by Lincah01
Posted in:

Utusan Online, Khamis, 21 Oktober 2010. Khairy Jamaluddin menyampaikan Anugerah Kesatria Terbilang Pemuda UMNO kepada Omardin Mauju di Dewan Merdeka, PWTC, semalam.KUALA LUMPUR 20 Okt. – Pengerusi Majlis Tertinggi (MT) Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju mendapat penghormatan sebagai penerima pertama Anugerah Kesatria Terbilang Pemuda UMNO di atas jasa dan baktinya memperjuangkan seni kebudayaan Melayu selama 50 tahun.Beliau yang nyata berbangga dengan penganugerahan itu berkata, anugerah tersebut bukan saja melambangkan penghargaan untuk dirinya seorang malah ditujukan kepada semua pejuang-pejuang silat Melayu.“Saya berterima kasih di...
Seterusnya...
26
Aug
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Utusan Malaysia, Khamis, 26 Ogos 2010KUALA LUMPUR 25 Ogos - Sekiranya benar ada dalang di sebalik tunjuk perasaan di Indonesia, saya cabar mereka tampil untuk dedahkan diri di sini. Amaran keras itu dilafaz Pengerusi Majlis Tertinggi (MT) Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju kepada individu atau mana-mana pihak yang disifatkannya sebagai perosak negara dengan mendalangi peristiwa 'hitam' di hadapan Kedutaan Malaysia di Indonesia semalam. Beliau ketika dihubungi di sini hari ini berkata, cabaran itu dilakukan kerana beliau sendiri merasa tercabar melihat Jalur Gemilang dipijak selain sedih mendengar khabar Kedutaan Malaysia yang menjadi jambatan kepada perhubungan dua negara dilempar dengan...
Seterusnya...
03
May
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Berita Harian, Ahad, 2 Mei 2010HULU LANGAT: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dianugerahkan gelaran Ulul Amri IV oleh Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) pada majlis yang dijadualkan berlangsung di Pagoh, Johor, penghujung Mei ini.Mahaguru merangkap Pengasas PSSLM, Datuk Omardin Mauju, berkata penganugerahan itu akan melengkapkan barisan Ulul Amri PSSLM selepas tiga tokoh sudah dilantik memegang jawatan berkenaan.Katanya, Ulul Amri I ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Ulul Amri II, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah Ulul Amri III.“Kami jangkakan semua ahli...
Seterusnya...
25
Apr
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin

YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali B. Mohd Rustam (kiri) bersama YM Mahaguru Dato' Haji Omardin B. Mauju di dalam Majlis Ramah Mesra Warga Silat Daerah Hulu Selangor.Bukit Sentosa, Jumaat, 23 April 2010.YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali B. Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka telah merasmikan UMNO Cawangan Telipot Azura 1A, Bukit Sentosa 3 jam 8.30 malam dan telah disambut oleh ahli-ahli Silat Lincah Caw. Telipot Azura.Selepas itu dimajlis yang berlainan, ahli silat lincah Telipot Azura dan ahli silat lincah Prima Beruntung telah bersama-sama di dalam majlis ramah mesra warga silat daerah Hulu Selangor yang dianjurkan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)...
Seterusnya...
21
Apr
Written by Lincah01
Posted in:
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table...
Seterusnya...
22
Mar
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin

Mingguan Malaysia, Ahad, 21 Mac 2010Muhyiddin Yassin, Mahaguru Datuk Omar Din bersama pesilat selepas Majlis Perjumpaan dan Penyampaian Ijazah peringkat Kebangsaan di Setiawangsa, Kuala Lumpur, semalam.KUALA LUMPUR 20 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memuji langkah Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) membuka keahlian kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan warna kulit.Timbalan Perdana Menteri berkata, pendekatan itu sangat digalakkan kerana ia boleh menarik minat masyarakat bukan Melayu mempelajari keunikan seni mempertahankan diri milik orang Melayu.Menurut beliau, ia menepati semangat 1Malaysia...
Seterusnya...
18
Feb
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin

Berita Harian, Selasa, 16 Februari 2010NORLEE Ashilin (duduk dua dari kiri) dan Omardin (kiri) selepas majlis perasmian gelanggang dan upacara berlimau di Gelanggang PSSLM Batu Berangkai di Kampar.KAMPAR: Seni silat yang pada satu ketika menjadi status sosial dan lambang kehebatan pengamalnya masih terus bertahan dan diminati generasi muda ketika tuntutan semasa menyaksikan wang ringgit dan kemewahan hidup adalah lambang kejayaan.Ia ditunjukkan menerusi kejayaan 84 pelatih Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) berusia antara 9 hingga 30 tahun yang menyertai upacara berlimau dan tamat latihan peringkat asas baru-baru ini.Pengasas PSSLM,...
Seterusnya...
19
Jan
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin

Utusan Malaysia, Selasa, 19 Januari 2010Mukhriz Mahathir (kiri) dan Khairy Jamaluddin (tengah) berbual dengan Omardin ketika melawat Mahaguru Silat Lincah itu di IJN, semalam. KUALA LUMPUR 18 Jan. - Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju akan menjalani pembedahan pintasan jantung Khamis ini.Anak sulungnya, Megat Zulkarnain berkata, dua pakar jantung Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Mohd. Azahari Yakub dan Datuk Dr. Amin Ariff menasihatkan agar pembedahan dilakukan ekoran masalah saluran jantung tersumbat yang dialami bapanya agak kritikal."Satu daripada saluran darah ke jantungnya sudah 75 peratus tersumbat dan agak kritikal kerana...
Seterusnya...
14
Jan
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Utusan Malaysia, Khamis, 14 Januari 2010KUALA LUMPUR 13 Jan. - Pemeriksaan pengimbas pelbagai resolusi (MRI) ke atas Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju hari ini mendapati satu daripada saluran darah ke jantungnya sudah 75 peratus tersumbat.Anak sulungnya, Megat Zulkarnain berkata, doktor yang merawat bapanya bagaimanapun akan menjalankan pemeriksaan kedua menggunakan teknik 'endogram' iaitu menggunakan kamera Isnin depan."Jika keadaannya tidak berubah, doktor membayangkan kemungkinan melakukan pembedahan pintasan jantung terhadap ayah."Ayah sedikit terkejut mendengar penjelasan doktor selepas melalui MRI kerana selama ini beliau cukup mementingkan kesihatan dan menjaga pemakanan. Namun,...
Seterusnya...
12
Jan
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Utusan Malaysia, Selasa, 12 Januari 2010KUALA LUMPUR 11 Jan. - Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini melawat Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju di Institut Jantung Negara (IJN) di sini yang dimasukkan ke pusat perubatan itu kelmarin akibat serangan jantung.Anak sulung guru silat itu, Megat Zulkarnain berkata, beliau dan keluarganya terharu dengan kesudian bekas Perdana Menteri meluangkan masa selama setengah jam di IJN untuk bertemu, melawat dan bertanya khabar ayahnya. "Saya dan keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tun Abdullah kerana melawat ayah di IJN hari ini dan turut memimpin bacaan doa supaya ayah segera sembuh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini...
Seterusnya...
11
Jan
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Utusan Malaysia, Isnin, 11 Januari 2010KUALA LUMPUR 10 Jan. - Keadaan Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat serangan jantung semalam, kini dilaporkan beransur pulih dan stabil.Perkara itu disahkan oleh anak sulung beliau, Megat Zulkarnain yang turut memberitahu, bapanya telah dikeluarkan dari Unit Rawatan Koronari (CCU) dan ditempatkan ke Wad Bunga Raya IJN.Menurut Megat Zulkarnain, bapanya masih lagi di bawah pengawasan doktor walaupun telah ditempatkan di Wad Bunga Raya."Alhamdulillah, ayah berada dalam keadaan stabil dan sedar. Kami sekeluarga mendoakan kesihatannya supaya segera pulih," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia...
Seterusnya...
11
Jan
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Utusan Malaysia, Ahad, 10 Januari 2010KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini akibat serangan jantung kira-kira pukul 8 malam tadi.Anak sulung beliau, Megat Zulkarnain berkata, bapanya pada mulanya dikejarkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN.Menurutnya, bapanya kini ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan dalam keadaan stabil di bawah pemantauan pakar jantung, Datuk Dr. Amin Ariss.“Kami dimaklumkan bahawa IJN akan membuat rawatan dan pemeriksaan susulan ke atas bapa saya Isnin ini,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia petang ini.Megat Zulkarnain mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital...
Seterusnya...
05
Jan
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin

Arahan Mahaguru Omardin kepada kabinet baru PSSLMMingguan Warta Perdana - Edisi 10 Januari 2010KUALA LUMPUR: Mahaguru Datuk Omardin Mauju mahukan kabinet baru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), sentiasa mengharumkan nama pertubuhan itu bukan sahaja di negara ini malah di peringkat antarabangsa.Dia berkata, mereka perlu bekerjasama dengan lebih gigih lagi bagi memastikan PSSLM yang telah sekian lama diiktiraf di peringkat dunia terus dihormati.Katanya, PSSLM sudah banyak melahirkan pesilat tanah air hingga ke arena antarabangsa dan sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bangga dengan pertubuhan ini yang berjaya mengangkat martabat seni...
Seterusnya...
2008 | 2009 | 2010TarikhMasaPerkaraTempat30/01/102.00 petangPerhimpunan PERKASA Selangor.Dirasmikan oleh Ybhg. Tun Dr. Mahathir MohamadDewan Orang Ramai, AU5, Keramat.21/02/10Majlis Ramah Mesra YB DUN Batang Kali, YDP Majlis Daerah Hulu Selangor & Ketua Balai Polis Bukit Sentosa bersama Penduduk Telipot AzuraPadang Telipot Azura, Bukit Sentosa 3 21/02/10Karnival Wajadiri Daerah Hulu SelangorDewan Orang Ramai, Serendah20/03/102.30 petangMajlis Penyampaian Ijazah PSSLM. Dirasmi oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku TPM MalaysiaPadang Awam, Setiawangsa23/04/108.30 malamMajlis Perasmian UMNO Cawangan Telipot Azura 1A. Taman Telipot Azura 1A, Bukit Sentosa 323/04/109.00 malamRamah Mesra...
Seterusnya...