19
Jan
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin

Utusan Malaysia, Selasa, 19 Januari 2010Mukhriz Mahathir (kiri) dan Khairy Jamaluddin (tengah) berbual dengan Omardin ketika melawat Mahaguru Silat Lincah itu di IJN, semalam. KUALA LUMPUR 18 Jan. - Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju akan menjalani pembedahan pintasan jantung Khamis ini.Anak sulungnya, Megat Zulkarnain berkata, dua pakar jantung Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Mohd. Azahari Yakub dan Datuk Dr. Amin Ariff menasihatkan agar pembedahan dilakukan ekoran masalah saluran jantung tersumbat yang dialami bapanya agak kritikal."Satu daripada saluran darah ke jantungnya sudah 75 peratus tersumbat dan agak kritikal kerana...
Seterusnya...
14
Jan
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Utusan Malaysia, Khamis, 14 Januari 2010KUALA LUMPUR 13 Jan. - Pemeriksaan pengimbas pelbagai resolusi (MRI) ke atas Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju hari ini mendapati satu daripada saluran darah ke jantungnya sudah 75 peratus tersumbat.Anak sulungnya, Megat Zulkarnain berkata, doktor yang merawat bapanya bagaimanapun akan menjalankan pemeriksaan kedua menggunakan teknik 'endogram' iaitu menggunakan kamera Isnin depan."Jika keadaannya tidak berubah, doktor membayangkan kemungkinan melakukan pembedahan pintasan jantung terhadap ayah."Ayah sedikit terkejut mendengar penjelasan doktor selepas melalui MRI kerana selama ini beliau cukup mementingkan kesihatan dan menjaga pemakanan. Namun,...
Seterusnya...
12
Jan
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Utusan Malaysia, Selasa, 12 Januari 2010KUALA LUMPUR 11 Jan. - Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini melawat Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju di Institut Jantung Negara (IJN) di sini yang dimasukkan ke pusat perubatan itu kelmarin akibat serangan jantung.Anak sulung guru silat itu, Megat Zulkarnain berkata, beliau dan keluarganya terharu dengan kesudian bekas Perdana Menteri meluangkan masa selama setengah jam di IJN untuk bertemu, melawat dan bertanya khabar ayahnya. "Saya dan keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tun Abdullah kerana melawat ayah di IJN hari ini dan turut memimpin bacaan doa supaya ayah segera sembuh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini...
Seterusnya...
11
Jan
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Utusan Malaysia, Isnin, 11 Januari 2010KUALA LUMPUR 10 Jan. - Keadaan Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat serangan jantung semalam, kini dilaporkan beransur pulih dan stabil.Perkara itu disahkan oleh anak sulung beliau, Megat Zulkarnain yang turut memberitahu, bapanya telah dikeluarkan dari Unit Rawatan Koronari (CCU) dan ditempatkan ke Wad Bunga Raya IJN.Menurut Megat Zulkarnain, bapanya masih lagi di bawah pengawasan doktor walaupun telah ditempatkan di Wad Bunga Raya."Alhamdulillah, ayah berada dalam keadaan stabil dan sedar. Kami sekeluarga mendoakan kesihatannya supaya segera pulih," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia...
Seterusnya...
11
Jan
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin
Utusan Malaysia, Ahad, 10 Januari 2010KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahaguru Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini akibat serangan jantung kira-kira pukul 8 malam tadi.Anak sulung beliau, Megat Zulkarnain berkata, bapanya pada mulanya dikejarkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN.Menurutnya, bapanya kini ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan dalam keadaan stabil di bawah pemantauan pakar jantung, Datuk Dr. Amin Ariss.“Kami dimaklumkan bahawa IJN akan membuat rawatan dan pemeriksaan susulan ke atas bapa saya Isnin ini,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia petang ini.Megat Zulkarnain mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital...
Seterusnya...
05
Jan
Written by Lincah01
Posted in:
Buletin

Arahan Mahaguru Omardin kepada kabinet baru PSSLMMingguan Warta Perdana - Edisi 10 Januari 2010KUALA LUMPUR: Mahaguru Datuk Omardin Mauju mahukan kabinet baru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), sentiasa mengharumkan nama pertubuhan itu bukan sahaja di negara ini malah di peringkat antarabangsa.Dia berkata, mereka perlu bekerjasama dengan lebih gigih lagi bagi memastikan PSSLM yang telah sekian lama diiktiraf di peringkat dunia terus dihormati.Katanya, PSSLM sudah banyak melahirkan pesilat tanah air hingga ke arena antarabangsa dan sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bangga dengan pertubuhan ini yang berjaya mengangkat martabat seni...
Seterusnya...
2008 | 2009 | 2010TarikhMasaPerkaraTempat30/01/102.00 petangPerhimpunan PERKASA Selangor.Dirasmikan oleh Ybhg. Tun Dr. Mahathir MohamadDewan Orang Ramai, AU5, Keramat.21/02/10Majlis Ramah Mesra YB DUN Batang Kali, YDP Majlis Daerah Hulu Selangor & Ketua Balai Polis Bukit Sentosa bersama Penduduk Telipot AzuraPadang Telipot Azura, Bukit Sentosa 3 21/02/10Karnival Wajadiri Daerah Hulu SelangorDewan Orang Ramai, Serendah20/03/102.30 petangMajlis Penyampaian Ijazah PSSLM. Dirasmi oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku TPM MalaysiaPadang Awam, Setiawangsa23/04/108.30 malamMajlis Perasmian UMNO Cawangan Telipot Azura 1A. Taman Telipot Azura 1A, Bukit Sentosa 323/04/109.00 malamRamah Mesra...
Seterusnya...