Tarikh : 3 Jun 2007

Masa : 9 pagi

Tempat: Gelanggang PSSLM Cawangan Telipot Azura 1A, Bukit Sentosa 3

Dirasmikan oleh KJK PSSLM Negeri Selangor Cikgu Syed Mahmud B. Hj. Syed Daud mewakili YM Mahaguru Dato' Haji Omardin dan upacara adat perasmian gelanggang disempurnakan oleh Pemangku Guru Muda PSSLM Guru Pendekar Mohd Yusof B. Mohd Noor.

Gelanggang yang terlibat :-
  1. Gelanggang Telipot Azura 1A, Bukit Sentosa 3

  2. Gelanggang Prima Beruntung, Bukit Beruntung

  3. Gelanggang Semenyih

  4. Gelanggang Kg. Bandar Dalam, Sentul

Seterusnya...



Tarikh : 12 Mei 2007
Tempat: Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang.







Seterusnya...

Aktiviti 2008

Written by Lincah01 0 comments Posted in:

2008 | 2009 | 2010

Tarikh

Masa

Perkara

Tempat

10/01/088.00 malamMajlis Perkahwinan Cikgu Megat Khairul Anuar B. Dato' Haji OmardinShang Ri La Hotel, Kuala Lumpur
07/02/087 malamMajlis Bacaan Yasin Jemputan Dato' Dr. Rahman Ismail (Timb. Presiden PSSLM)Country Homes, Rawang, Selangor
19/07/081.30 petangMesyuarat Sektor Kejurulatihan PSSLM ke 34. Dirasmikan YB. Tan Sri Muhyiddin YassinGrand Seasons Hotel, Kuala Lumpur
23/07/089.15 malamMesyuarat Sektor Kejurulatihan PSSLM Negeri Selangor sessi 2008 ( ke - 1 )Pejabat TEKUN, Batu Caves, Selangor
26/07/0810.00 pagiSegmen Panorama RTM rakaman YM Dato DitanamGelanggang Bandar Tasek Kesuma, Beranang, Selangor
08/08/088.30 malamKunjungan Hormat AJK Tertinggi Sektor Kejurulatihan PSSLM Negeri Selangor Ke Rumah YM DatoApartment Sri Gombak
23/08/083.00 petangPemilihan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Kebangsaan 2008 Gelanggang Taman Selayang, Selangor
24/08/089.00 pagiMajlis Perasmian Gelanggang Bandar Tasek KesumaGelanggang Bandar Tasek Kesuma, Beranang, Selangor
12/09/0811.00 pagiKunjungan Hormat Sektor Kejurulatihan PSSLM Negeri Selangor bertemu Ybhg. Datin Paduka Seripah NoliBilik Mesyuarat UMNO, Bangunan UMNO, Shah Alam
20/10/086.30 petangJemputan Majlis Berbuka Puasa/Tahlil/Solat Tarawikh Anjuran Majlis Tertinggi PSSLMPejabat Urusan PSSLM

02/10/08-

10/10/08


World Martial Art Festival 2008

Chung-ju, Korea Selatan
31/10/08

Festival Seni Bela Diri Antarabangsa (IMAF) 2008
Sunway Resort Hotel & Spa / Sunway Piramid Convention Centre

22/11/08-

23/11/08


Latihan Pusat Kontijen PSSLM Negeri Selangor ke Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2008Gelanggang PSSLM Cawangan Gombak
23/11/0809.00 pagiMajlis Perasmian Gelanggang Ujong PermatangGelanggang Ujong Permatang, Kuala Selangor

27/11/08-

30/11/08


Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2008USM, Pulau Pinang
16/12/0808.30 malamMesyuarat Sektor Kejurulatihan PSSLM Negeri Selangor sessi 2008 ( ke - 2 )Pejabat KJK, Batu Caves, Selangor

Seterusnya...

Jurulatih : Cikgu Pendekar Mohd Azizi Bin Haji Hassan
Waktu Latihan : Setiap hari Sabtu ( 8.00 pagi - 10.00 pagi)

Seterusnya...

Jurulatih : Cikgu Pendekar Mohd Azizi Bin Haji Hassan
Waktu Latihan : Setiap Hari Jumaat dan Sabtu ( 9.00 malam - 11.00 malam)

Seterusnya...

Jurulatih : Cikgu Muhammad Mahmud Bin Bustamam
Waktu Latihan : Setiap Hari Sabtu ( 9.00 malam - 11.00 malam) dan Ahad (5.00 petang - 7.00 petang)

Gelanggang ini ditubuhkan dalam tahun 2006 dan Perasmian Gelanggang telah disempurnakan oleh Guru Pendekar Mohd Yusof (pemangku Guru Muda PSSLM)

Seterusnya...

Ulul Amri 3 PSSLM

Written by Lincah01 0 comments Posted in:



Penganugerahan Ulul Amri III PSSLM
Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia melakarkan sejarah besar sekali lagi dimana kali ini di bumi Pekan, Pahang. Bertarikh 24 Mei 2005 YAB. Dato’ Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dianugerahkan sebagai Ulul Amri III PSSLM.
Di arak menaiki tandu yang di galas oleh ahli PSSLM dan diiringi oleh Jurulatih-Jurulatih Kanan PSSLM dan di atas rumah adat beliau dianugerahkan Selendang Kehormat Tertinggi PSSLM serta Pakaian Makhta iaitu pakaian yang tertinggi di dalam PSSLM. Majlis adat penganugerahan ini disempurnakan oleh YM Mahaguru Dato' Haji Omardin B. Mauju selaku Mahaguru dan Pengasas PSSLM.


Seterusnya...

Ulul Amri 2 PSSLM

Written by Lincah01 0 comments Posted in:




Penganugerahan Ulul Amri II PSSLM

Negeri Pulau Pinang melakarkan sejarah besar yang buat kedua kalinya dimana kali ini bertarikh 20 Jun 2004 YAB. Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dianugerahkan sebagai Ulul Amri II PSSLM.
Di Padang Sek. Men. Keb. Dato' Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, berbumbungkan rumah adat, beliau dianugerahkan Selendang Kehormat Tertinggi PSSLM dan Tanjak. Majlis adat penganugerahan ini disempurnakan oleh YM Mahaguru Dato' Haji Omardin B. Mauju selaku Mahaguru dan Pengasas PSSLM.
Ini merupakan kejayaan dan kebanggaan PSSLM dimana pemimpin tertinggi negara mengiktiraf PSSLM dan menjadi salah seorang pemimpin kepada Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) ini.





Seterusnya...

Ulul Amri 1 PSSLM

Written by Lincah01 0 comments Posted in:










Istiadat Perlantikan Ulul Amri 1 PSSLM


Bertarikh 24 Oktober 2003 merakamkan detik bersejarah PSSLM kerana berlangsungnya penyerahan kuasa besar di Pulau Pinang. Penerima anugerah Ulul Amri Silat Lincah mempunyai kuasa menganugerahkan selempang hitam kepada sesiapa yang difikir layak selain daripada Mahaguru sendiri yang mempunyai kuasa tersebut.

Berhampiran Istana Negeri , peralatan istiadat dibawa keluar diiringi jurulatih bertaraf selendang hitam. Penerima Anugerah adalah YDP Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas. Majlis disempurnakan oleh YM Dato Mahaguru dengan penyerahan pakaian Makhta , Selempang , Keris Pusaka Semangat Jebat dan Cincin Zamrud bertatah berlian diikat emas putih ( cincin kuasa ).


Penganugerahan ini sekali gus menyingkap sejarah lalu bahawa Silat Lincah pernah mendapat perkenan dan sokongan dari Raja-Raja Melayu seperti KDYMM Sultan Pahang, KDYMM Sultan Kedah, KDYMM Sultan Selangor dan KDYMM Sultan Perak.


Seterusnya...

Mahaguru Master Datuk Haji Omardin bin Mauju (kini Tan Sri), dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor. Tetapi beliau dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Selangor. Anak jati Selangor yang juga dibesarkan di kampung berkenaan sudah berdepan dengan keperitan hidup sejak kecil lagi akibat menderita penyakit lumpuh atau polio, iaitu sejenis penyakit yang amat sukar diubati ketika itu.

Namun, kesakitan itu tidak menghalang beliau dari berusaha mencari sesiapa sahaja yang boleh mengubatinya sehinggalah bertemu seorang guru silat iaitu Syed Abdul Rahman di Pulau Besar Melaka. Guru silat berkenaan menasihati beliau mempelajari 'Silat Tarah', sebagai usaha mengubati penyakitnya. Maka, bermulalah sejarah silat dalam diri beliau.


Minatnya terhadap silat semakin mendalam apabila mendapati penyakitnya menunjukkan tanda-tanda sembuh tetapi dalam masa yang sama beliau terpaksa menerima hakikat akan menghadapi kecacatan kedua-dua anggota kaki buat selama-lamanya. Sepanjang menjalani tempoh rawatan dan mempelajari silat, Omardin pernah ditanam dari kaki hingga ke paras pinggang sebanyak 15 kali di kawasan pantai pada setiap kali bulan mengambang.


Semua ujian itu dihadapi dengan tabah olehnya walaupun usianya ketika itu 18 tahun. Omardin terus mempelajari pelbagai teknik silat termasuk menyerang, cara bertahan serangan musuh serta menumpaskan musuh menggunakan segala pergerakan tubuh badan termasuk anggota kakinya yang cacat. Beliau bukan sahaja dilatih oleh Syed Abdul Rahman tetapi turut dibantu oleh tujuh orang anak murid gurunya yang juga rakan seperguruan beliau.


Berkat kesabaran, kecekalan dan kesungguhan beliau, Omardin seakan-akan tidak percaya apabila beliau dilantik menjadi Guru Muda setelah 4 tahun bertungkus lumus mempelajari silat berkenaan apatah lagi usianya ketika itu baru 22 tahun. Kejayaannya tidak berakhir disitu kerana selang beberapa bulan kemudian setelah melalui penilaian dan ujian getir gurunya, Omardin dilantik sebagai 'Mahaguru' dan diberi kebenaran oleh Syed Abdul Rahman mengajar Silat Lincah.

Pengiktirafan 'Mahaguru' kepadanya bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai. Namun, Omardin membuktikan kecacatannya tidak menjadi halangan bagi menghadapi ujian kebatinan yang amat getir, antaranya ialah ditetak dengan senjata tajam, disiram dengan minyak panas dan yang paling mencemaskan apabila beliau ditanam hidup-hidup selama 2 hari 2 malam.

Upacara pertabalan Omardin sebagai 'Mahaguru' dilakukan di Makam Sheikh Ismail Sultan Ariffin, Pulau Besar Melaka. Dengan melalui pelbagai adat istiadat. Dalam upacara itu juga, beliau menerima anugerah peralatan gurunya sebagai waris semua ilmu yang dimiliki oleh gurunya. Selesai upacara adat istiadat, Omardin dimandikan di 'Perigi Nenek Kebayan' dan di limau di 'Makam Tujuh Beradik' sebagai penamat upacara pertabalan.

Setelah tamat berguru dengan Syed Abdul Rahman, beliau diwasiat oleh gurunya supaya berguru dengan empat orang guru lain. Bagi memenuhi wasiat berkenaan beliau mendalami ilmu silat dan kerohanian dengan Kiyai Haji Nong Lias di Rantau, Negeri Sembilan, selepas itu beliau berguru dengan Wan Alang dari Bukit Selambau, Kedah. Manakala guru ketiganya ialah Syed Mohammed Al-Qadri dan guru keempatnya ialah Tuan Haji Salleh Patani.

Beliau kemudiannya berangkat ke Tanah Suci Mekkah bersama-sama dengan 37 orang jurulatih untuk 'nas'kan (mengesahkan) ilmunya. Pulang ke tanah air, Silat Lincah mula mencipta sejarah. Dengan hanya lima orang anak murid asal, Omardin membuka beberapa gelanggang di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan.








-sumber asal dari Laman Web PSSLM www.silatlincah.com.my
____________________________________________________________

Biografi YM Mahaguru






YM MAHAGURU TAN SRI DATO' HAJI OMARDIN BIN MAUJU
PSM, DMPN. DSSA. DSPN



-Mahaguru Dan Pengasas PSSLM

-Pengerusi Majlis Tertinggi PSSLM

-Pengasas Dan Penasihat Majlis Seni Beladiri Malaysia (MARCIL)

-Dato' Paduka DSSA, (Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Negeri Selangor) (1999)

-Dato' DSPN, (Darjah Setia Pangkuan Negeri Pulau Pinang) (2002)

-Dato' DMPM, (Darjah yg Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang ) (2005)

-LAGENDA SEUMUR HIDUP SENI MEMPERTAHANKAN DIRI DUNIA (IAEWP) (2008)

-PENERIMA ANUGERAH TALI PINGGANG HITAM KEHORMAT 'SUPREME GRANDMASTER' Malaysia Global Taekwando Federation (MGTF) (2009)

-PENERIMA ANUGERAH TERTINGGI DARI WORLD UNION KARATE DO FEDERATION (WUKF) Sao Paolo, Brazil (2010)

-PENERIMA ANUGERAH GELARAN KESATRIA MELAYU TERBILANG (PERGERAKAN PEMUDA UMNO) (2010)


-Tan Sri PSM, (Panglima Setia Mahkota) (2011)








Seterusnya...

Pages